Jabatan Pelajaran Johor Sedia Tambah Baik Kursus Motivasi Anjuran Sekolah

Diterbitkan: Rabu, 3 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Jabatan Pelajaran Johor bersedia melakukan penambahbaikan terhadap kursus motivasi yang dianjurkan pihak sekolah bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.

Pengarah Pelajaran Johor Mohd Nor A. Ghani berkata keputusan itu dibuat pada Selasa hasil perbincangan antara pihaknya dan Jabatan Penjara serta ibu bapa 33 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Uda (SMKBBU), di sini, yang didakwa didera secara fizikal ketika mengikuti kursus motivasi di Pusat Latihan Penjara Kluang, minggu lepas.

"Program motivasi akan diteruskan kerana dapat meningkatkan kecemerlangan disiplin dan sahsiah peribadi pelajar. Kami berpendapat program di luar bilik darjah juga perlu digerakkan kepada pelajar selain hanya menumpukan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah," katanya kepada pemberita, Selasa.

Mengenai isu dera itu, Mohd Nor berkata perkara berkenaan sedang disiasat secara terperinci dan tindakan sewajarnya akan dikenakan terhadap guru yang melanggar tata tertib.

"Perbincangan sudah pun dibuat dengan ibu bapa pelajar berkenaan hari ini walaupun hanya 13 ibu bapa yang menghadirinya," katanya.

Isnin lepas, 33 pelajar lelaki terbabit mendakwa didera secara fizikal termasuk dibotakkan kepala, dipukul di perut, digari, dicengkam di tengkuk dan diarah memakai persalinan banduan semasa berkursus selama tiga hari di pusat latihan penjara berkenaan.

Kesemua mereka turut mendakwa dilayan tidak ubah seperti banduan sepanjang tempoh berada di penjara itu.

Sementara itu, Pengarah Penjara Kluang Roslan Mohamed menjelaskan pelajar yang terlibat dalam kursus itu bukan diberi 'hukuman' sebaliknya hanya diberi peluang merasai hukuman dalam penjara menerusi "Program Menghargai Kebebasan".

Beliau berkata daripada 33 pelajar yang terlibat, hanya enam daripada mereka yang 'merasai' hukuman itu yang bertujuan membangkitkan kesedaran supaya tidak melakukan jenayah.

Roslan berkata modul kursus motivasi itu turut digunakan terhadap lima sekolah lain di negeri ini yang menyertai kursus di pusat latihan yang sama, sejak Mac lepas.

"Setakat ini enam sekolah termasuk SMKBBU menyertai kursus ini. Kesemua pelajar dari lima sekolah yang lain itu memberikan maklum balas yang baik terhadap program ini dengan mengatakan mereka insaf dan tidak mahu menjadi banduan," katanya.

Jabatan Penjara bersedia merombak dan membuat penambahbaikan terhadap modul kursus itu sekiranya diperlukan, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan