Pendaftaran Pekerja, Pendatang Asing Berjalan Lancar

Diterbitkan: Selasa, 2 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja dan Pendatang Asing Tanpa Izin, dikenali sebagai 6P, yang bermula serentak di Semenanjung dan Sarawak Isnin berjalan lancar kecuali pendaftaran yang dikendalikan oleh sebahagian syarikat swasta.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Alias Ahmad berkata masalah yang timbul di kaunter kendalian sebahagian 336 syarikat swasta, yang dilantik oleh kerajaan, berpunca daripada sistem komputer yang tidak dapat mengakses sistem komputer Jabatan Imigresen.

Antara masalah adalah kata laluan (ID) yang tidak sepadan di antara syarikat yang dilantik dengan kata laluan Jabatan Imigresen, manakala kata laluan itu hanya diketahui oleh pegawai Imigresen, katanya kepada Bernama di sini Isnin.

Beliau berkata memandangkan jabatan itu tidak mempunyai kakitangan mencukupi untuk membantu kesemua kaunter yang dibuka syarikat swasta, masalah tersebut tidak dapat dielakkan.

Ini menjadi penyebab kelewatan dan masalah pada pendaftaran hari pertama program 6P hari ini, katanya.

"Pendaftaran di tempat kita (Imigresen) tidak mempunyai masalah tetapi hanya kepada syarikat yang kita lantik, kita akan selesaikan masalah ini hari ini juga," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Dasar dan Imigresen Kementerian Dalam Negeri Datuk Alwi Ibrahim dalam satu kenyataan berkata kesemua 198 pejabat Imigresen beroperasi 24 jam mulai hari ini hingga 14 Ogos depan bagi memastikan program itu berjalan lancar.

Jabatan Imigresen memperuntukkan 90 peratus operasi kaunternya bagi program 6P, manakala 10 peratus lagi bagi menguruskan pendaftaran pekerja asing sah bermula sejak 13 Julai lalu, katanya.

Beliau berkata bagi mengurangkan kesesakan di pejabat Imigresen Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, kaunter tambahan turut dibuka di Dewan Bandaraya Shah Alam dan Stadium Bola Sepak Cheras.

Setakat ini, sebanyak 1,639 lokasi pendaftaran 6P dibuka oleh 336 syarikat-syarikat yang dilantik dan sebanyak 111 lagi lokasi pendaftaran baru akan dibuka dalam masa terdekat, katanya.

Alwi berkata di Sabah yang terlebih dahulu memulakan program pendaftaran pendatang asing tanpa izin pada 18 Julai lalu, sehingga kini merekodkan sejumlah 116,000 pendaftaran.

Orang ramai boleh menyemak lokasi-lokasi pendaftaran dengan melayari laman sesawang www.moha.gov.my, katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Construction Labour Exchange Centre Bhd (CLAB), Azlan Mohd Isa, berkata syarikatnya, yang merupakan antara syarikat swasta yang terlibat dalam program 6P, tidak dapat menjalankan pendaftaran hari ini berikutan ketiadaan pegawai Imigresen untuk membantu menghubungkan sistem komputer syarikat itu dengan sistem komputer Jabatan Imigresen.

Beliau menjangka masalah itu dapat diselesaikan dengan secepat mungkin dalam masa terdekat. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan