Pemuda MIC Bekerja Keras Daftar Pengundi Baru

Diterbitkan: Selasa, 2 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemuda MIC akan bekerja keras untuk mendaftar pengundi baru terutama di kalangan belia bagi mengukuhkan parti itu dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Timbalan Ketua Pemuda MIC, V. Mugilan berkata mereka telah menetapkan beberapa strategi bagi melaksanakan proses pendaftaran.

"Kita mahu mendaftar kira-kira 200,000 anggota MIC yang belum lagi mendaftar sebagai pengundi selain pengundi baru terutama di kalangan pengundi muda di bawah umur 40 tahun," katanya dalam satu kenyataan kepada Bernama.

Pengundi muda yang terdiri daripada enam juta bakal pengundi merupakan talian hayat kepada kerajaan BN di mana Pemuda MIC berazam untuk memperolehi undi daripada mereka, tambahnya.

Pada mesyuarat agung tahunan MIC ke-65 Sabtu lalu, presiden parti Datuk G. Palanivel berkata MIC perlu turun ke akar umbi dan mendaftar 200,000 ahli MIC yang belum mendaftar sebagai pengundi yang sekiranya ia dapat dilakukan, parti itu akan mempunyai 600,000 pengundi berdaftar.

"Sekiranya ini diperolehi, kita boleh menunjukkan kekuatan kita.

"Kita boleh mencapai lebih lagi. Kita mahu MIC menjadi blok kuasa mengundi. Walaupun masyarat India merupakan golongan minoriti di negara ini. kita boleh menjadi parti yang kuat sekiranya kita dapat mendaftar 600,000 ahli kita sebagai pengundi," kata Palanivel. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan