MAIWP Edar 400 Bungkusan Makanan Percuma Setiap Hari Sepanjang Ramadan

Diterbitkan: Selasa, 2 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mengedarkan 400 bungkus makanan setiap hari sepanjang Ramadan ini kepada golongan asnaf di Dataran Bangunan Daruzzakah, Kampung Baru di sini.

MAIWP memperuntukkan RM132,150 untuk menjayakan program berkenaan tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dalam ucapannya pada majlis pelancaran program itu Isnin.

"Semoga dengan adanya agihan makanan yang disalurkan sepanjang Ramadan ini dapat meringankan beban mereka yang kurang berkemampuan menjalani ibadah puasa," katanya.

Teks ucapannya dibacakan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Datuk Che Mat Che Ali.

Jamil Khir berkata MAIWP membelanjakan RM522,438 sejak program itu dilaksanakan pada 2007. Pada tahun lepas, MAIWP membelanjakan RM171,680 dan pada pada 2009 (RM46,608), 2008 (RM72,00) dan 2007 (RM100,000).

Seorang penerima bantuan makanan itu, Mohamad Salehin Abdol, 40, berkata bantuan itu satu rahmat baginya yang kais pagi makan pagi.

Dia, yang bekerja mencari barangan buangan boleh dijual semula, berkata makanan percuma ini banyak membantunya mengisi perut di bulan puasa ini.

Bagi pekerja buruh kasar Borhan Wahid, 47, bantuan makanan MAWIP banyak membantu meringankan beban golongan fakir miskin di ibu kota. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan