KDN Haramkan Penerbitan Buku 'Islam Evil In The Name Of God' - Berita Semasa | mStar

KDN Haramkan Penerbitan Buku 'Islam Evil In The Name Of God'

Diterbitkan: Selasa, 2 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mewartakan perintah larangan penerbitan terhadap buku bertajuk "Islam Evil in The Name of God" kerana mengandungi fakta penceritaan yang palsu.

Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, Kementerian Dalam Negeri, Abdul Aziz Mohamed Nor, berkata fakta penceritaan yang terkandung dalam buku itu palsu semata-mata khususnya yang melibatkan keperibadian Nabi Muhammad S.A.W. dan kesucian agama Islam.

"Penerbitan ini nyata sebahagian daripada propaganda anti Islam untuk mempengaruhi pemikiran masyarakat bukan Islam supaya membenci Islam dan merupakan usaha jahat pihak tertentu yang sengaja mahu menimbulkan kebencian dan sentimen negatif terhadap Islam.

"Sekiranya penerbitan ini dibiarkan, ia boleh memudaratkan ketenteraman awam," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata pewartaan perintah larangan ini adalah mengikut Seksyen 7 (1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, dan adalah menjadi satu kesalahan menurut subsyeksyen 8 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 sekiranya ada pihak yang mencetak, menerbit dan seumpamanya terhadap buku tersebut.

Mereka yang disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan