Suhardi Akan Dipanggil Dalam Masa Terdekat Untuk Beri Keterangan

Diterbitkan: Isnin, 1 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suhardi Mat Isa yang dilaporkan berlakon sebagai Allahyarham Baharudin Ahmad yang meninggal dunia dalam perhimpunan haram 9 Julai lepas bersetuju untuk memberi keterangan kepada pihak polis mengenai kejadian itu.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata Suhardi telah menghubungi pihak polis untuk memberi kerjasama dalam kes tersebut.

Untuk itu pihaknya akan memanggil Suhardi untuk memberi keterangan dalam masa terdekat di Ibu Pejabat Kontijen Polis Kuala Lumpur, katanya kepada pemberita selepas mengadakan dialog mengenai isu keselamatan dengan penduduk Bandar Sri Damansara di sini petang Ahad.

Khalid berkata Suhardi sepatutnya datang berjumpa dengan pihaknya untuk memberi penjelasan apabila video mengenai lakonannya itu tersebar luas.

"Dia sepatutnya datang bila videonya ditunjukkan, maka dia patut datang dan jelaskan keadaan," katanya.

Polis telah menjalankan siasatan mengenai perkara tersebut setelah menerima dua laporan mengenainya di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dan Cheras, di bawah seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan iaitu kesalahan yang melibatkan kenyataan-kenyataan yang mendatangkan khianat awam dan juga Seksyen 233 Akta Multimedia iaitu kesalahan yang melibatkan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dan lain-lain.

Gambar Suhardi, seorang peserta dalam perhimpunan itu dikatakan telah dimanipulasi oleh sesetengah pihak dengan mendakwa dia adalah Allahyarham Baharudin yang meninggal dunia akibat komplikasi jantung.

Bagaimanapun, Polis Diraja Malaysia dalam satu sesi tayangan video mengenai perhimpunan itu menjelaskan bahawa gambar Suhardi bukanlah individu sebenar Baharudin. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan