Hanya 5% Peningkatan Pengguna Dalam Talian JPJ Sejak 2001

Diterbitkan: Isnin, 1 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Penggunaan perkhidmatan dalam talian Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berbanding kaunternya hanya mencatatkan peningkatan sebanyak lima peratus sahaja sejak diperkenalkan pada tahun 2001.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan menegaskan, angka tersebut adalah tidak signifikan dan pihaknya memandang serius statistik tersebut.

Katanya, lebih-lebih lagi JPJ tidak akan menambah bilangan kaunter pada masa hadapan dan sebaliknya, perlu menggunakan kemudahan ICT yang disediakan.

Katanya, sebanyak 67 peratus pemilik kenderaan serta pemegang lesen memandu pula menggunakan perkhidmatan kaunter dan baki 28 peratus lagi yang menggunakan perkhidmatan dalam talian terdiri daripada rakan niaga JPJ seperti kastam, insurans dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

"Penggunaan perkhidmatan secara dalam talian oleh orang ramai adalah sangat tidak menggalakkan. Kita akui memang terdapat peningkatan sebanyak 40 hingga 80 peratus, tetapi ia tidak signifikan jika kita lihat dari segi angka itu, misalnya daripada 100 orang kepada 200 orang.

"Kalau pada 2001, 100 orang menggunakan perkhidmatan dalam talian manakala 200 orang memakainnya pada tahun berikutnya. Memang ia meningkat 100 peratus tetapi jumlahnya sekadar 200 orang berbanding berjuta orang menggunakan perkhidmatan di kaunter.

"Jadi kita nak lebih banyak orang menggunakan perkhidmatan dalam talian. Kita inginkan angka mutlak," katanya sidang media bagi Majlis Pelancaran Perkhidmatan Kaunter 1JPJ bersama tiga penyedia khidmat di Tapak Pasar Tani Mega, Stadium Shah Alam, di sini, Ahad.

Tiga penyedia khidmat dalam talian itu ialah Pengendali perkhidmatan kerajaan dalam talian (e-kerajaan) MY E.G Services Bhd. (MYEG); Konsortium Multimedia Swasta Sdn. Bhd. (Komms) dan MySpeed.com Sdn. Bhd (Speed).

Pada tarikh yang sama, kaunter dalam talian 1JPJ turut dilancarkan di Pasar Tani Danau Kota, Kuala Lumpur; Pasar Tani PKNS Bangi, Putrajaya Sentral, Putrajaya dan Stadium Paroi, Seremban.

Sehubungan itu, Solah berkata, pihaknya mensasarkan penggunaan perkhidmatan dalam taliannya berbanding kaunter mencapai nisbah 50:50 sehingga tahun depan.

Beliau berkata, rekod JPJ menunjukkan pemegang lesen memandu adalah sebanyak 11.3 juta orang manakala kenderaan berdaftar adalah sebanyak 21.7 juta buah.

Katanya, terdapat sebanyak 1,134 kaunter di seluruh negara yang disediakan oleh 135 pejabat. Selain itu, terdapat sebanyak 71 kiosk (gerai) untuk memperbaharui lesen memandu dan 112 kiosk untuk pembaharuan cukai jalan.

Solah memberitahu, JPJ meletakkan sasaran nisbah 50:50 itu bagi jangka pendek kerana sedar para pengguna di kawasan pedalaman Sabah, Sarawak serta negeri-negeri Pantai Timur sukar mendapat liputan internet atau capaian internetnya kurang memuaskan.

Katanya, beliau sedar bukan semua pihak adalah celik teknologi maklumat selain mempunyai kad kredit atau debit untuk melakukan transaksi dalam talian.

"Sasaran kita tahun ini ialah 50:50. Semestinya, apabila liputan itu merangkumi seluruh negara kelak, JPJ mensasarkan sekurang-kurangnya 90 peratus perkhidmatan yang disediakan oleh JPJ digunakan secara dalam talian pada 2015 kelak," ujarnya.

Sementara itu, Solah menambah, JPJ akan menyemak semula bilangan kaunter apabila program pengkomputeran semula segala urusan kaunter dengan orang ramai selesai pada akhir 2012.

Katanya, perkhidmatan disediakan sama ada secara dalam talian dan kiosk akan ditambah pada masa depan.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan