Bersih 2.0: Keluarga Allahyarham Baharudin Tuntut Inkues Siasat Punca Kematian

Diterbitkan: Isnin, 1 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keluarga Allahyarham Baharudin Ahmad yang meninggal dunia semasa perhimpunan haram Bersih Julai lalu menuntut satu inkues diadakan bagi menyiasat punca sebenar kematian tersebut.

Balu mangsa, Rosni Malan, 55, berkata, inkues berkenaan perlu bagi menentukan punca kematian Baharudin kerana wujud pelbagai fakta dan bukti bercanggah diperoleh berhubung kematian suaminya.

"Terdapat banyak tuduhan yang dibuat mengenai kematian suami saya tetapi apa yang saya tahu dan maklumat yang saya ada menunjukkan juga sebaliknya," katanya ketika ditemui pemberita selepas memfailkan notis usul di Mahkamah Tinggi di sini, Isnin.

Sebelum ini, Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, Baharudin, 59, meninggal dunia akibat kompilasi jantung dan bukannya berpunca daripada gas pemedih mata seperti yang didakwa pihak tertentu.

Bagaimanapun Rosni menegaskan Baharudin tidak menghidapi sakit jantung malah suaminya itu tidak menghidapi sebarang penyakit.

"Suami saya sentiasa sihat sebelum ini dan tiada tanda-tanda dia mengalami apa-apa penyakit yang serius," katanya.

Selain itu Rosni berkata, inkues berkenaan juga perlu bagi menentukan pihak yang bertanggungjawab terhadap kematian arwah suaminya.

"Tujuan saya ikhlas, ketentuan Allah saya terima. Tetapi saya dan keluarga perlu mengetahui bagaimana dan cara kematian beliau.

"Siapa dan pihak mana yang bertanggungjawab serta setakat mana tanggungjawab itu terbatas," katanya.

Menerusi notis yang difailkan melalui firma guaman Tentuan Patrick Dass & Co. itu juga Rosni memohon mahkamah mengarahkan supaya semua laporan serta dokumen berkenaan bedah siasat yang disiapkan ke atas mayah Baharudin oleh Hospital Kuala Lumpur diserahkan kepada pihaknya.

Selain itu mahkamah turut diminta mengarahkan agar semua laporan polis, penyata atau percakapan saksi serta dokumen yang releven berkaitan kematian Baharudin diberikan kepada peguam.

Ditanya mengenai rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di dalam bangunan Avenue K, berhampiran KLCC yang didedahkan polis menunjukkan imej Baharudin, Rosni bagaimanapun mengakui gagal mengenal pasti kesahihan imej suaminya.

"Tentang rakaman itu saya tidak pasti kerana ia agak jauh," katanya.

Menerusi rakaman berkenaan, Baharudin yang memakai baju berwarna putih dan berkopiah dilihat antara yang awal berlari sambil tangan kiri memegang dada sebelum ratusan yang lain memasuki bangunan berkenaan melalui pintu masuk utama bangunan berkenaan.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan