Umat Islam Di Malaysia Mula Berpuasa 1 Ogos

Diterbitkan: Ahad, 31 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada 1 Ogos.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Isnin ini, 1 Ogos 2011, bagi mengikut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Pengumuman itu disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Pada 26 Julai lepas, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah serta Hisab. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan