Tingkatkan Semangat Patriotisme, Sanggup Berkorban Untuk Negara, Titah Agong

Diterbitkan: Ahad, 31 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin menyeru seluruh rakyat Malaysia agar meningkatkan lagi semangat kepahlawanan, patriotisme, kesetiaan, kecintaan dan sanggup berkorban untuk negara.

Baginda bertitah semangat itu perlu dipupuk dan disemarakkan sepanjang masa bagi menghargai dan mengenang jasa para pahlawan yang sanggup melakukan pengorbanan tertinggi demi kedaulatan negara tercinta.

"Sesungguhnya, negara dan rakyat amat terhutang budi kepada mereka sekalian (pahlawan negara). Hakikatnya, keamanan, kestabilan dan kesejahteraan yang negara nikmati pada hari ini tidak akan dapat kita capai tanpa pengorbanan yang dilakukan mereka," titah baginda pada istiadat sambutan Hari Pahlawan 2011 di Dataran Merdeka di sini, Ahad.

Seri Paduka turut menyeru kepada rakyat tanpa mengira keturunan dan kepercayaan dalam semangat 1Malaysia agar bersatu dan bersama-sama memberi penghargaan yang sewajarnya dalam apa jua bentuk, sama ada bantuan atau sokongan kepada para pahlawan negara yang masih ada mahupun kepada balu, keluarga serta waris yang telah mereka tinggalkan.

"Beta sangat bersyukur kerana kerajaan Beta tidak pernah melupakan pengorbanan dan kesetiaan pahlawan tersebut. Sebagai mengiktiraf jasa dan pengorbanan pahlawan negara ini, pelbagai penghargaan dan pingat kebesaran serta keberanian telah dianugerah kepada mereka," titah baginda.

Baginda bertitah, pada waktu yang sama, kerajaan juga sentiasa memberikan sokongan dan bantuan yang sewajarnya kepada anggota keluarga para pahlawan termasuklah anak-anak dan isteri.

"Dalam erti kata lain, kebajikan para pahlawan negara dan keluarga mereka sentiasa menjadi keutamaan dan perhatian kerajaan," titah baginda.

Kepada para pahlawan yang telah hilang upaya serta sanak saudara pahlawan yang telah kehilangan tempat bergantung, baginda berharap agar mereka dapat menempuh ujian dan dugaan hidup dengan penuh ketabahan, kesabaran dan keyakinan.

"Beta sentiasa berdoa agar Allah S.W.T memberikan rahmah dan hidayah serta kesejahteraan kepada mereka. Kepada para pahlawan yang telah gugur atau terkorban, marilah kita berdoa semoga Allah S.W.T agar mencucuri rahmat dan memberi ganjaran pahala di atas pengorbanan mereka".

Tuanku Mizan juga bertitah agar para pahlawan yang masih berkhidmat meneruskan khidmat bakti murni kerana harapan masyarakat terhadap mereka cukup tinggi.

"Sebagai perisai dan pedang negara, jalankanlah amanah dan tanggungjawab ini secara yang terbaik, sesuai dengan semangat sumpah ikrar saudara dan saudari sekalian," titah Seri Paduka.

Baginda juga berharap agar setiap anggota pasukan keselamatan negara tetap meneruskan perjuangan untuk memelihara keamanan dunia yang menjadi prasyarat utama kepada kestabilan dan kemakmuran negara.

"Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang unik dengan sifatnya yang berbilang kaum akan mampu menunjukkan jalan ke hadapan serta memainkan peranan sebagai pemangkin kepada keamanan dunia," titah Yang di-Pertuan Agong. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan