Najib Mahu Kawasan Baru Diterokai Bagi Maju Industri Pelancongan

Diterbitkan: Ahad, 31 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PEKAN: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pengusaha industri pelancongan negara perlu meneroka temapat-temapat baru yang dilihat berpotensi besar dan tidak semestinya tertumpu di kawasan yang telah dibangunkan sebelum ini.

Perdana Menteri berkata kawasan-kawasan baru perlu dieksploitasikan sepenuhnya bagi memajukan industri pelancongan negara.

"Kita tidak boleh lihat kawasan tertentu sahaja yang membangun dari segi industri pelancongan, tetapi perlu lihat tempat-tempat lain yang perlu dieskploitasi sepenuhnya," katanya ketika berucap merasmikan majlis pecah tanah pembangunan resort empat bintang di sini, Ahad.

Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan Pengerusi UDA Holdings Berhad Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Najib berkata pembangunan resort berkenaan di Pekan misalnya, dilihat akan melonjakkan bandar itu yang sebelum ini dikenali sebagai Bandar Diraja, dalam bidang industri pelancongan.

"Bandar Pekan keseluruhannya merupakan sebuah bandar yang rancangan pembangunannya dilakukan secara teliti dan rapi," katanya.

Beliau yakin pembinaan resort berkenaan akan menjadikan Pekan tempat tumpuan pelancong dan mengikut perancangan, sungai Pahang di bandar itu juga akan dibangunkan "waterfront" selain menaiktarafkan muzium Pekan dalam usaha menarik pelancong.

Resort berkenaan yang dibangunkan UDA Holdings melibatkan kos RM80 juta itu dijangka siap sepenuhnya pada 2013.

Resort berkenan berkonsepkan "modern tropical" itu akan dibina di kawasan Peramu Jaya, bersebelahan kediaman rasmi Perdana Menteri di Pekan.

Sementara itu, Nur Jazlan berkata lokasi strategik di pinggir Sungai Pahang dilihat amat sesuai untuk menarik para pengunjung.

"Resort berkenaan akan dilengkapi 133 bilik dan saya percaya resort ini akan menjana kepesatan industri pelancongan dan mengubah lanskap pembangunan Pekan dan mampu mewujudkan limpahan ekonomi kepada penduduk setempat," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan