KDN Usir Dua Individu Mempunyai Kaitan Dengan LTTE Ke Sri Lanka - Hishammuddin

Diterbitkan: Ahad, 31 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLUANG: Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menghantar pulang dua individu yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas, Pembebasan Harimau Tamil Eelam (LLTE) ke Sri Lanka baru-baru ini.

Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Onn yang mengumumkan perkara itu pada Ahad berkata, butiran lanjut tentang pengusiran dua yang mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas antarabangsa itu akan didedahkan Isnin.

"Dua orang yang mempunyai kaitan dengan LTTE dan ditahan di bawah ISA dan kita telah usir balik ke Sri Lanka," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan kepada masjid dan surau di kawasan Parlimen Sembrong di Nyior, Ahad.

Beliau juga berkata KDN sedang menimbangkan sama ada akan membebaskan atau tidak tujuh anggota Jabatan Imigresen yang sedang ditahan di bawah ISA kerana terlibat di dalam aktiviti pemerdagangan manusia.

Ketujuh-tujuh anggota Jabatan Imigresen itu ditahan polis pada tahun lepas.

"Saya sedang timbang (untuk membebaskan mereka), mungkin sudah bertaubat dan mahu bersama keluarga sempena Ramadan, tetapi (sama ada) lepas atau tidak ia berdasarkan maklumat polis," katanya.

Isu terbabit katanya, adalah berdasarkan kepada keselamatan dan ketenteraman awam, dan sebarang keputusan mengenainya dibuat mengikut pertimbangan keselamatan dan ketenteraman awam.

Katanya, sindiket pemerdagangan manusia mengaut keuntungan daripada aktiviti haram itu.

"Jikalau 500,000 warga Bangladesh yang berada secara haram di negara ini membayar RM10,000 setiap seorang kepada sindiket, maka jumlah keseluruhan mencecah RM5 bilion," katanya.

Mengenai pembebasan enam anggota parti Parti Sosialis Malaysia (PSM) daripada tahanan di bawah Ordinan Darurat, Hishammuddin berkata, walaupun telah bebas tetapi polis masih menjalankan siasatan mengenainya.

"Polis masih menjalankan siasatan (terhadap enam anggota PSM). Perdana Menteri sudah menyatakan apa juga tindakan adalah mengikut Jabatan Peguam Negara (AG). Jikalau AG sudah buat keputusan, saya sendiri terpaksa akur," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan