JPJ Sasar 90 Peratus Pelanggan Berurusan Secara Online Pada 2015

Diterbitkan: Ahad, 31 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyasarkan 90 peratus pelanggannya akan melakukan urusan seperti memperbaharui lesen memandu, cukai jalan dan membayar saman secara online pada 2015.

Ketua Pengarah JPJ Datuk Solah Mat Hassan berkata usaha untuk menggalakkan pelanggan JPJ menggunakan sistem urusan secara online sedang dilakukan secara meluas termasuk membuka kaunter perkhidmatan bergerak di kawasan tumpuan ramai termasuk di pasar-pasar tani.

"Kita mahu pelanggan memilih kaedah atas talian ini bagi memudahkan mereka melakukan urusan tanpa perlu fikir untuk ambil cuti sekiranya mahu memperbaharui lesen atau cukai jalan.

"Melalui kaedah online, lebih mudah di mana mereka hanya perlu memilih satu daripada tiga penyedia perkhidmatan JPJ untuk melakukannya dari rumah atau pejabat," katanya dalam sidang media selepas melancarkan Kaunter Perkhidmatan Bergerak JPJ di Pasar Tani Stadium Seksyen 13 di sini, Ahad.

Beliau berkata tiga penyedia perkhidmatan bagi urusan JPJ berkenaan ialah MyEG, MySPEED dan Konsortium Multimedia Swasta Sdn Bhd (KOMMS).

Solah berkata terdapat 135 pejabat urusan JPJ di seluruh negara dan pihaknya tidak bercadang untuk menambah pejabat baru dalam usaha menggalakkan pengguna berurusan secara atas talian.

Beliau berkata sejak diperkenalkan pada 2001, bilangan pengguna atas talian masih tidak menggalakkan iaitu sekitar lima peratus berbanding 67 peratus memilih perkhidmatan di kaunter dan selebihnya melalui rakan niaga JPJ.

Katanya, pada 2010 seramai dua juta orang memilih untuk memperbaharui lesen memandu melalui kaunter dan hanya 10,017 orang memilih kaedah atas talian.

Solah tidak menolak kekurangan promosi dan publisiti merupakan punca tidak ramai pengguna memilih untuk berurusan secara atas talian dengan JPJ selain tidak memahami prosedur yang diperlukan.

"Pengguna tidak perlu risau semua maklumat peribadi dijamin selamat dan telah dipastikan ketika pihak kami melakukan projek perintis sebelum ini. Urusan pembayaran pula menggunakan kad kredit atau debit seperti ketika kita mahu membeli tiket kapal terbang," katanya.

Beliau berkata lesen memandu dan cukai jalan akan dihantar melalui pos dalam tempoh antara tiga hingga lima hari.

Terdahulu, Solah berkata kaunter perkhidmatan bergerak JPJ bertujuan memberikan penerangan mengenai urusan JPJ secara atas talian di kawasan tumpuan ramai seperti di pasar tani yang dilancarkan secara serentak di Shah Alam, Bangi, Putrajaya, Seremban, Negeri Sembilan dan Danau Kota, Kuala Lumpur.

Sementara itu, beliau berkata sehingga kini terdapat 11.3 juta pemegang lesen memandu dan 21.7 juta pemilik kenderaan di negara ini. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan