Bersyukurlah Kerana Dapat Mengerjakan Ibadah Puasa Tanpa Halangan - Muhyiddin

Diterbitkan: Ahad, 31 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Umat Islam di Malaysia seharusnya bersyukur kerana boleh mengerjakan ibadah puasa tanpa sebarang halangan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata rakyat Malaysia bertuah kerana hidup di dalam negara yang aman makmur dengan sikap toleransi serta memahami kehendak agama yang berbeza dalam kalangan penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum dan kepercayaan.

"Kita bebas menjalankan keperluan agama masing-masing tanpa adanya kegusaran dan ketakutan terhadap sebarang aktiviti ekstrimis agama. Keistimewaan inilah yang menjadikan Malaysia sebuah negara yang sentiasa dipandang tinggi di peringkat antarabangsa.

"Sewajarnyalah kita kekalkan kemakmuran yang telah dinikmati selama ini," katanya dalam ucap Salam Ramadan menerusi kenyataan yang dikeluarkan kepada Bernama, Ahad.

Justeru, Muhyiddin mengajak umat Islam supaya memenuhi bulan mulia ini dengan pelbagai aktiviti ibadat yang dituntut oleh Allah S.W.T dengan memperbanyakkan bacaan al-Quran, bertadarus, berselawat, bersedekah, qiamullail dan iktikaf di masjid.

"Ramadan memberi peluang kepada kita mendapatkan ganjaran dan pahala yang berlipat ganda serta keampunan daripada Allah S.W.T. Mudah-mudahan amalan tersebut mendapat ganjaran sewajarnya daripada-NYA.

"Sempena menyambut kedatangan Ramadan pada tahun ini, marilah kita menyingkap sejarah bulan mulia di mana kitab suci al-Quran telah diturunkan," katanya.

Beliau berkata pada bulan mulia ini juga, umat Islam diwajibkan menunaikan Rukun Islam yang ke-4 iaitu berpuasa dalam bulan Ramadan.

"Sebagaimana firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud 'Wahai orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa seperti diwajibkan ke atas umat-umat sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertaqwa kepada Allah'".

Katanya ayat ini dengan jelas menunjukkan bahawa umat Islam yang memenuhi syarat-syarat wajib berpuasa dituntut menunaikan fardu Islam ke-4 dengan menahan diri daripada makan, minum, nafsu dan daripada melakukan sesuatu yang membatalkan puasa, bermula daripada terbit fajar hingga terbenam matahari disertai dengan niat sebagaimana yang telah diperintahkan kepada umat-umat sebelum ini.

"Saya berdoa agar kita dapat menjalani ibadah puasa yang sempurna dan semoga Ramadan ini menjadikan kita umat Islam yang sentiasa bersyukur ke atas nikmat dan rahmat yang dikurniakan Allah S.W.T kepada kita," kata Muhyiddin.

Beliau dan keluarga turut mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua umat Islam di Malaysia. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan