Australia Pintas Bot Sarat Pencari Suaka Untuk Dihantar Ke Malaysia

Diterbitkan: Ahad, 31 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELBOURNE: Sebuah bot yang sarat dengan pencari suaka telah dipintas di barat laut Australia pada pagi Ahad dan penumpangnya akan menjadi kumpulan pertama orang asing yang akan dihantar ke Malaysia di bawah perjanjian pertukaran pendatang antara kedua-dua negara.

Dalam kenyataan pada Ahad, kerajaan Australia berkata bot berkenaan yang membawa 54 pencari suaka dan dua anak kapal dipintas HMAS Ararat di barat laut Scott Reef di Laut Timor.

Perjanjian yang dimeterai kerajaan kedua-dua negara Isnin lepas memperuntukkan bahawa Malaysia akan mengambil 800 pencari suaka, manakala Australia pula akan mengambil 4,000 orang pelarian tulen dalam tempoh empat tahun.

Menteri Imigresen Chris Bowen memberitahu Sky News bahawa pencari suaka itu akan dibawa ke Pulau Krismas sebelum diterbangkan ke Malaysia tiga hari kemudian setelah semua urusan mengenainya selesai dilaksanakan.

Bowen bagaimanapun tidak menyatakan sama ada kanak-kanak, khususnya yang tidak diiringi waris, yang menjadi penumpang bot itu, akan turut dihantar ke Malaysia.

"Tidak ada sebarang pengecualian. Tapi, kami akan buat penilaian terhadap setiap individu sama ada dia wajar dipindahkan ke Malaysia serta tindakan atau perlindungan tambahan yang perlu diberi kepadanya semasa berada di sana kelak," kata beliau.

Beliau berkata kerajaan telah menambah jumlah anggota keselamatan, pasukan penilaian, Polis Persekutuan Australia dan kaunselor di Pulau Krismas untuk mengendalikan pencari suaka yang enggan menaiki kapal terbang untuk dihantar ke Malaysia.

Bowen berkata oleh kerana urusan pertukaran pendatang itu merupakan perkara baru, maka kerajaan akan mengamalkan pendekatan "tunggu dan lihat".

"Bagaimanapun, sekiranya 800 orang berkenaan tidak tiba, Australia akan tetap mengambil 4,000 orang pelarian dari Malaysia sejajar dengan keputusannya meningkatkan jumlah pengambilan orang pelarian atas dasar peri kemanusiaan," kata beliau. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan