Agong Berangkat Ke Istiadat Sambutan Hari Pahlawan

Diterbitkan: Ahad, 31 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada Ahad berkenan berangkat ke Istiadat Sambutan Hari Pahlawan 2011 di Dataran Merdeka.

Ketibaan baginda disambut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Turut hadir Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Baginda kemudian berkenan memeriksa barisan kawalan kehormat utama yang terdiri daripada 107 anggota dari Rejimen Askar Melayu Diraja termasuk dua orang kapten dan dua orang pembawa panji-panji yang diketuai oleh Mejar Amriza Mohd Ashari.

Pada istiadat tersebut, pelbagai persembahan diadakan termasuk deklamasi sajak bertajuk "Pahlawan" oleh DSP Rose Baini Kassim dan P/ASP Mohamad Mahat.

Walaupun hujan renyai, acara tetap diteruskan dengan persembahan pantomin mengenai sejarah pejuang-pejuang negara oleh 200 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan nyanyian koir PDRM bertajuk "Perjuangan Tanpa Nokhtah".

Laungan "Daulat Tuanku" kemudian kedengaran sebanyak tiga kali oleh anggota-anggota perbarisan yang terdiri daripada PDRM, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta veteran tentera dan polis.

Tanggal 31 Julai ditetapkan sebagai Hari Pahlawan sempena hari perisytiharan tamatnya zaman darurat pada 1960 dan ia buat pertama kali diadakan pada 4 Ogos 1968.

Istiadat tahun ini merupakan sambutan kali kedua berlangsung di Dataran Merdeka di ibu negara selepas berpindah dari Tugu Negara pada tahun 2010.

Di SHAH ALAM, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan Negeri bersebelahan dengan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) sempena sambutan Hari Pahlawan peringkat negeri Selangor.

Upacara meletakkan kalungan bunga itu berlangsung pada kira-kira 8.30 pagi dan disusuli dengan upacara baginda membalas Tabik Hormat Diraja diikuti pemeriksaan Kawalan Kehormat Utama TLDM sebelum berangkat ke majlis santapan di Dewan Annex, bangunan SUK.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Panglima 11 Briged, Brigadier Jeneral Datuk Md. Azman Rosli dan Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk A. Thaiveegan turut meletakkan kalungan bunga di tugu itu.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohammed Khusrin Munawi dan barisan Exco kerajaan negeri. Majlis turut dihiasi dengan bacaan sajak diiringi lagu 'Pahlawanku' sebagai menghargai dan memperingati perjuangan serta pengorbanan wira-wira negara dalam mempertahankan kedaulatan negara. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan