Menteri Pertahanan Yakin Model PLKN Akan Jadikan Anaknya Lebih Berani

Diterbitkan: Sabtu, 30 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin modul-modul yang diterapkan dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), mampu mengubah anaknya Ahmad Asyraf Arieffe supaya lebih berani dan ke depan.

Sambil berseloroh, beliau berkata anak bongsu daripada lima beradik itu yang menamatkan latihan di Kem PLKN Princess Haliza di sini, merupakan anak yang pemalu dan kurang bergaul.

"Ahmad Asyraf Arieffe kurang bergaul. Selepas ini saya berharap dia boleh bergaul dengan lebih baik lagi. Selepas ini dia yang kurang kawan akan berkawan dengan wira dan wirawati negara.

"Walaupun saya menteri pertahanan tetapi saya dan isteri (Datin Seri Hamidah Khamis) tidak pernah mengecualikan anak kami untuk mengikuti kursus ini kerana kami yakin dengan modul dan kelebihan PLKN," katanya semasa menutup PLKN Kumpulan 2 Siri 8/2011 di Kem PLKN Princess Haliza, di sini, Jumaat.

Ketika ditemui pemberita, Ahmad Asyraf Arieffe, 18, berkata dia seronok menyertai PLKN kerana berpeluang menyertai aktiviti-aktiviti lasak selain dapat menambah keyakinan diri dan lebih berdikari.

Sementara itu, wira PLKN terbaik Kem Jugra Banting, Mohd Luqmanul Hakim Malik dari Sandakan, Sabah berkata modul pembinaan karakter adalah antara modul terbaik dalam PLKN kerana membantu pelatih supaya lebih berkeyakinan dan bersikap positif.

"Dalam aspek kenegaraan, ia meningkatkan semangat patriotisme pelatih untuk mengekalkan keharmonian dalam negara," katanya yang bercita-cita menjadi peguam.

Wirawati terbaik Kem Jugra Banting Siti Najihah Abu Bakar dari Balakong, Selangor berkata dia menjadi lebih bersemangat daripada segi mental dan fizikal selepas menamatkan latihan.

Katanya, bakal pelatih PLKN haruslah mengikis tanggapan negatif terhadap program itu kerana banyak pengajaran yang akan mereka peroleh dengan menyertainya.

Wira dan wirawati terbaik Kem Princess Haliza disandang oleh Muhammad Adli Shah Abdul Hisam dari Serendah dan Soh Mei Wah dari Kajang, Selangor.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan