Polis Selangor Perkenal Aplikasi Isyarat Jenayah Melalui Telefon Pintar

Diterbitkan: Jumaat, 29 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Polis Selangor akan memperkenalkan aplikasi isyarat jenayah melalui telefon pintar bagi mempercepatkan respons dan tindakan menahan penjenayah.

Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata aplikasi berkenaan yang dikenali sebagai 'My Distress' berupaya memberikan isyarat kepada Bilik Gerakan Polis sekiranya berlaku kejadian jenayah, hanya dengan menekan butang (ikon) pada telefon pintar.

"Aplikasi yang pertama di Malaysia ini akan dilancarkan bulan depan dan kita akan terangkan lebih terperinci mengenai proses dan bagaimana ia boleh membantu orang ramai yang berdepan dengan penjenayah," katanya dalam sidang media di sini Jumaat.

Beliau berkata aplikasi tersebut membolehkan pengguna menetapkan beberapa ikon untuk lokasi rumah, navigasi kenderaan dan tempat yang dirasakan perlu bagi memudahkan mereka menekannya sekiranya berlaku kejadian jenayah.

Katanya talian berkenaan akan dihubungkan terus dengan semua Bilik Gerakan Polis di lapan kawasan yang mencatatkan kadar jenayah tertinggi di Selangor iaitu Klang, Petaling Jaya, Ampang Jaya, Subang Jaya, Kajang, Gombak, Serdang dan Shah Alam.

Tun Hisan berkata tindakan pantas akan diambil sebaik Bilik Gerakan mendapat isyarat kecemasan daripada pengguna dan menghantar maklumat seperti lokasi mereka kepada kereta peronda serta balai berhampiran.

Beliau optimis kadar jenayah mampu dikurangkan melalui aplikasi itu kerana ia memudahkan kedua-dua pihak iaitu orang awam serta polis menangani penjenayah.

"Kita telah mulakan projek perintis ini sejak Mac lepas bagi memantau kekurangan dan menambah baik aplikasi dalam usaha memastikan tujuan utama menghalang jenayah dari berlaku tercapai," katanya.

Tun Hisan berkata bagi peringkat awal pelancarannya, aplikasi itu akan diberikan secara percuma kepada pengguna dan berkemungkinan caj RM1 sebulan dikenakan bermula tahun depan.

"Polis tidak mendapat sebarang keuntungan dari aplikasi ini sebaliknya ia diperkenalkan untuk memastikan keselamatan orang awam lebih terjamin dan caj yang dikenakan adalah untuk pengendali aplikasi berkenaan bagi tujuan proses menambah baik dari semasa ke semasa," katanya.

Tun Hisan juga berkata jenayah samun merupakan risiko utama yang sering dihadapi oleh pemandu teksi dan lori di Selangor di mana sehingga Jun lalu sebanyak 22 kes dicatat di seluruh negeri.

Sehubungan itu, beliau berkata pemandu teksi dan lori diharap dapat menggunakan aplikasi My Distress dalam usaha memastikan keselamatan mereka lebih terjamin.

Pada majlis berasingan, katanya seramai 219 orang anggota Sukarelawan Simpanan Polis (PVR) masih diperlukan di Selangor untuk membantu tugasan berkaitan keselamatan.

Beliau berkata daripada 665 orang PVR yang diperlukan di Selangor, 446 orang telah dilantik sehingga hari ini.

Pada majlis itu seramai 68 orang menerima lantikan sebagai Konstabel PVR Siri 1/2011. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan