PM Akan Terus Interaksi Dengan Rakyat Melalui Laman Sosial

Diterbitkan: Jumaat, 29 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun razak berkata, orang awam akan terus dibenarkan mengakses platform media sosialnya walaupun terdapat penyalahgunaan yang serius pada halaman online beliau terutamanya Facebook sepanjang beberapa minggu lepas.

Perdana Menteri berkata keputusan itu dibuat berdasarkan semangat ingin mengadakan komunikasi yang terbuka dan secara terus dengan rakyat.

Pada waktu ini, beliau mempunyai lebih 800,000 "Like" di Facebook dan hampir 170,000 pengikut dalam Twitter.

"Adalah tidak adil sekiranya saya menghalang rakyat Malaysia secara umumnya, peluang untuk berinteraksi dengan saya hanya kerana tindakan sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Sewaktu saya sedang menulis ini juga, saya dapat lihat ramai rakyat yang memberi komen yang bernas serta menyokong dialog yang beradab. Diharap dapat diteruskan begitu," katanya dalam entri terbarunya di blog www.1Malaysia.com.my.

Perdana Menteri berkata, pejabatnya sedang mengawasi situasi itu untuk memastikan komen-komen yang tidak bertanggungjawab atau menggunakan bahasa yang tidak sopan disingkirkan daripada laman-laman tersebut.

"Saya berharap kita sebagai rakyat Malaysia dapat memaparkan tingkah laku yang bertanggungjawab dan berhemah semasa memberikan komen di halaman online," katanya.

Baru-baru ini, laman sosial Facebook beliau diceroboh pihak tidak bertanggungjawab yang mengeluarkan komen-komen negatif memburukkan beliau dan kerajaan Barisan Nasional.

Komen-komen berunsur fitnah dan maki-hamun terhadap Perdana Menteri dikesan mula dimuat turun ke status Facebook beliau sejak 7 pagi Rabu lepas (26 Julai) dan bertambah pada petangnya.

Mereka yang membuat 'serangan' melalui laman sosial itu dipercayai berpura-pura menjadi peminat beliau sebelum mengambil kesempatan mengeluarkan komen buruk. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan