Ordinan Darurat: Polis Bebas Semua Ahli PSM

Diterbitkan: Jumaat, 29 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kesemua enam ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan sejak 2 Julai lalu mengikut Ordinan Darurat dibebaskan pada Jumaat.

Mereka terbabit ialah Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr D Jeyakumar; Setiausaha Bahagian PSM Sungai Siput, AP Letchumanan, 49; Ahli Jawatankuasa Pusat, Choo Chon Kai, 33; M. Sukumaran, 50; Timbalan Pengerusi PSM, M Sarasvathy, 58, dan pemimpin Pemuda, R Sarat Babu, 25.

Bagaimanapun, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dalam kenyataannya di sini berkata, berikutan pembebasan itu, tindakan selanjutnya akan ditentukan oleh Jabatan Peguam Negara.

Keenam-enam aktivis PSM itu ditahan dua minggu sebelum perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) di ibu negara pada 9 Julai lepas.

Mengikut Seksyen 3 (1) Ordinan Darurat, polis boleh menahan suspek sehingga 60 hari tanpa perbicaraan.

Sementara itu, peguam keenam-enam tahanan itu, Yudistra Darma Dorai berkata, kesemua mereka telah dibebaskan pada jam 5.30 petang Jumaat di Balai Polis Jinjang.

Kata Yudistra Darma, dia telah menerima panggilan telefon daripada seorang pegawai polis supaya segera bertemu Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Hadi Ho di balai polis berkenaan pada jam 3.30 petang tanpa dinyatakan sebabnya.

“Saya hanya mengetahui yang mereka akan dibebaskan pada jam 5.30 petang,” ujarnya lagi.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan