Lebih 7,500 Kompaun Denggi Bernilai RM3.2 Juta Dikeluarkan

Diterbitkan: Jumaat, 29 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan mengeluarkan 7,554 kompaun bernilai lebih RM3.25 juta melalui tindakan penguatkuasaan Akta Pemusnah Serangga Pembawa Penyakit 1975 bagi kawalan wabak denggi untuk tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Hasan Abdul Rahman berkata dalam tempoh itu juga, sebanyak 893 kes didaftarkan untuk tindakan mahkamah dan 545 kes telah diselesaikan oleh mahkamah dengan denda sebanyak RM115,980 dikenakan.

"Bagi bulan Jun tahun ini 1,010 kompaun bernilai RM438,600 dikeluarkan," katanya dalam satu kenyataan di sini, Jumaat.

Beliau berkata bagi bulan itu juga, sebanyak 137 kes didaftar untuk tindakan mahkamah dan 40 kes diselesaikan di mahkamah dengan denda RM15,820 dikenakan.

Sementara itu, katanya bagi penguatkuasaan kawalan hasil tembakau, sebanyak 6,736 kompaun bernilai lebih RM1.47 juta dikeluarkan daripada 36,143 lawatan pemeriksaan untuk tempoh enam bulan pertama tahun ini.

DrHasan berkata bagi bulan Jun tahun ini, sebanyak 1,175 kompaun bernilai RM245,180 telah dikeluarkan daripada 5,729 lawatan pemeriksaan. "Tindakan penguatkuasaan adalah pilihan terakhir yang diambil Kementerian Kesihatan. Orang ramai serta semua pihak diminta menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing agar keberkesanan pelaksanaan aktiviti kesihatan mencapai tahap optimum," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan