Biometrik: SPR Lantik Panel Bebas Pantau Keberkesanan

Diterbitkan: Jumaat, 29 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan melantik sebuah panel bebas bagi memantau serta menilai keberkesanan penggunaan sistem biometrik sebelum ia diguna pakai pada pilihan raya umum akan datang.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata suruhanjaya itu akan hanya melaksanakan penggunaan sistem biometrik selepas mereka benar-benar berpuas hati dengan keberkesanan sistem tersebut.

Menurutnya, panel tersebut juga akan turut mengkaji kewujudan pengundi hantu seperti yang didakwa oleh pihak pembangkang sebelum ini.

Katanya, panel bebas itu akan menilai keberkesanan sistem biometrik ini daripada pelbagai aspek, jika kita tidak puas hati SPR tidak akan melaksanakannya.

“Panel juga akan memastikan daftar pemilih kita bersih daripada dakwaan pembangkang,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Khamis.

Pada Rabu, sekretariat Pakatan Rakyat mendakwa penggunaan sistem biometrik tidak berupaya menghalang kewujudan pengundi hantu serta melibatkan kos yang lebih tinggi berbanding penggunaan dakwat kekal.

Sekretariat yang diwakili oleh Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli; Setiausaha Antarabangsa DAP, Liew Chin Tong dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dilaporkan berkata penggunaan sistem biometrik dikhuatiri akan melambatkan proses membuang undi pada hari pengundian yang akhirnya mengurangkan peratusan keluar mengundi.

Isnin lepas, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata suruhanjaya itu akan memperkenalkan sistem biometrik untuk memantapkan lagi tahap keselamatan dalam proses pilihan raya di negara ini.

Abdul Aziz berkata antaranya pelaksanaan sistem itu diharap dapat mengatasi isu pengundi hantu yang sering dibangkitkan pihak pembangkang setiap kali menjelang pilihan raya.

Sistem biometrik telah diguna pakai oleh beberapa agensi kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran.

Mengulas lanjut dakwaan tersebut, Wan Ahmad berkata pembangkang tidak boleh hanya menuding jari menyalahkan suruhanjaya itu sahaja, sebaliknya mereka perlu melihat kepada usaha penambah baikkan yang akan dilakukan terlebih dahulu.

“SPR optimis kita mahu fokus kepada usaha penambah baikkan sistem pilihan raya sedia ada. Mereka (pembangkang) jangan hanya tahu mengkritik sahaja,” katanya.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan