Spekulasi Pemilik Kapal Bersalut Emas Dari Malaysia Tidak Benar

Diterbitkan: Khamis, 28 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Syarikat pembuat kapal persiaran dari Itali, Baia menyangkal dakwaan yang mengaitkan seorang ahli perniagaan terkemuka di negara ini membeli sebuah kapal bersalut emas bernilai RM14.5 juta.

Lebih memeranjatkan gambar kapal itu turut dimanipulasi secara digital.

Pengurus jualan Baia, Mario Boselli berkata, tiada sebarang penjualan kapal bersalut emas dan spekulasi itu sengaja digembar-gemburkan oleh seorang pereka bentuk warga British.

"Kami hanya menawarkan kapal biasa di sini, tiada kapal bersalut emas. Khabar angin itu tidak benar dan tiada kaitan dengan kami. Mereka memuat turun gambar itu dari laman web kami tanpa kebenaran," katanya kepada The Star, Rabu.

Majalah Britain Motorboat & Yachting menyiarkan sebuah artikel dalam laman webnya dengan Borselli mendedahkan bahawa berita mengenai pembelian kapal itu adalah tidak benar.

Borselli berkata dia akan menulis surat kepada pereka bentuk itu supaya mengeluarkan gambar dari laman webnya dan menegaskan tiada tindakan undang-undang akan diambil.

Gambar model kapal keluaran Baia, One Hundred itu dipercayai digunakan untuk berita yang disiarkan dalam The Sun berhubung kapal persiaran berukuran 31 meter dikenali sebagai History Supreme.

Laporan kapal bersalut emas itu turut dikaitkan dengan seorang ahli perniagaan terkemuka dari Malaysia.

Menurut laporan itu, pembuat hiasan emas British, Stuart Hughes antara individu yang didakwa bertanggungjawab mereka bentuk kapal tersebut.

Bagaimanapun, usaha untuk menghubungi Hughes gagal.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan