Shahrizat Minta Semua Kementerian Bangunkan Dasar Arus Perdanakan Gender

Diterbitkan: Khamis, 28 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyarankan semua kementerian membangunkan dasar mengarusperdanakan gender bagi membangkitkan kesedaran mengenai isu gender di peringkat kementerian.

Beliau berkata kementeriannya memerlukan kerjasama dan usaha daripada semua pihak untuk mencapai matlamat kesamaan gender.

"Dengan sokongan semua pihak, saya yakin kita akan berjaya dalam usaha kita," katanya dalam ucaptama pada bengkel intensif untuk 'Gender Focal Point' (GFP), di sini Khamis.

Teks ucapan beliau dibacakan Ketua Setiausaha kementerian Datuk Dr Noorul Ainur Mohd Nur.

Shahrizat juga berkata menerusi pelantikan kebanyakan pegawai kanan di semua kementerian sebagai GFP, beliau percaya isu gender akan dapat disampaikan kepada pihak atasan dan diambil tindakan susulan.

"Kepada semua GFP, peranan anda sangat penting kepada kementerian ini dalam mempromosikan isu ini. Anda adalah mata dan telinga isu gender ini," katanya.

Pada sidang akhbar kemudiannya, Noorul Ainur berkata ketika ini penyertaan wanita dalam pasaran kerja adalah 46.1 peratus dan menjelang 2015, Malaysia mensasarkan 55 peratus wanita berada dalam sektor pekerjaan.

"Sayang jika peluang untuk wanita tidak dibangunkan kerana mereka merupakan modal insan kepada negara," katanya.

Bengkel pada Khamis diadakan untuk pegawai-pegawai GFP yang dilantik setiap kementerian bagi meningkatkan pengetahuan dan isu berkaitan gender selain merangsang idea untuk mempromosikan dan mengarusperdanakan gender di setiap kementerian.- BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan