Pembangkang Rancang Ganggu Perlawanan Bola Sepak Malaysia-Singapura Malam ini

Diterbitkan: Khamis, 28 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Selepas kejadian cuba mengganggu majlis yang dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak di Stesen KL Sentral pada Rabu, pihak pembangkang dipercayai merancang satu lagi perhimpunan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam Khamis.

Dilihat sengaja mahu mencetuskan suasana tegang dengan menarik perhatian orang ramai yang ketika itu bersedia untuk menonton perlawanan bola sepak pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 antara Malaysia dan Singapura, perhimpunan itu bertujuan mendesak kerajaan membebaskan enam anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan mengikut Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) 1969.

Gesaan supaya orang ramai menyertai himpunan menyalakan lilin di perkarangan stadium itu di dapati menerusi laman sosial twitter milik Presiden Kumpulan Prihatin Hak Pekerja Ladang (Power), S. Gobikrishnan.

"Jom candle light vigil in front of Stadium Bukit Jalil 7pm today in support of PSM EO 6, (Jom nyalakan lilin di hadapan Stadium Bukit Jalil 7 malam ini tanda sokongan terhadap enam tahanan Ordinan Darurat," katanya menerusi twitter menggunakan nama SGobikrishnan.

Bagaimanapun posting berkenaan mendapat bantahan daripada banyak pihak yang majoritinya membidas tindakan berkenaan yang dilihat cuba membuat kacau di tempat awam.

Malah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut dijadual menyaksikan perlawanan bola sepak itu di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Pada 2 Julai lalu, polis mengumumkan menahan enam anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Michael Jeyakumar di bawah Ordinan Darurat kerana dipercayai terlibat dalam anasir-anasir subversif.

Selain Jeyakumar, lima lagi yang ditahan di bawah akta berkenaan ialah Setiausaha PSM, M Saraswati; Setiausaha PSM Sungai Siput, A Letchumanan; Ahli Jawatankuasa PSM Pusat, S Sukumaran; Ketua Pemuda PSM Sungai Siput,K Sarajbabu dan ahli PSM, Choo Choon Kai.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan