MB Selangor Kecewa Media Kurang Beri Publisiti Slogan 'Selangor Ku'

Diterbitkan: Khamis, 28 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Khamis meluahkan rasa kecewa kerana slogan baru kerajaan negeri 'Selangor Ku' kurang diberi publisiti oleh media.

Sambil menafikan slogan itu sekadar retorik kerajaan negeri, beliau berkata menerusi slogan tersebut kerajaan Selangor mengajak rakyatnya terlibat dalam pembangunan negeri.

"Melalui slogan ini kami mengajak rakyat Selangor bersama-sama bertanggungjawab dan mempertahankan usaha kerajaan negeri untuk bantu golongan belia mencari pekerjaan dan meningkatkan kemahiran serta memastikan rakyat ada tempat kediaman masing-masing," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar yang berkata pelancaran slogan baru itu sekadar menutup kegagalan kerajaan pimpinan pembangkang melaksanakan pembangunan untuk rakyat.

Sementara itu mengulas perkara berbeza, Abdul Khalid berkata beliau telah mengarahkan Jabatan Pertanian Selangor agar meningkatkan pengeluaran padi terutamanya di Tanjung Karang dan Sungai Besar, Sabak Bernam.

Katanya kerajaan negeri mahu meningkatkan purata pengeluaran padi di setiap kawasan kepada tujuh tan metrik semusim berbanding antara 5 dan 5.5 tan metrik sekarang.

Buat masa ini katanya, Sekinchan mencatatkan pengeluaran hasil padi tertinggi di Selangor iaitu 12 tan metrik. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan