DAP, Ean Diminta Mohon Maaf Kepada Keluarga Beng Hock

Diterbitkan: Khamis, 28 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Semua pemimpin DAP termasuk Exco Kerajaan Negeri, Ean Yong Hian Wah diminta memohon maaf kepada keluarga Teoh Beng Hock kerana tidak membantunya ketika dia dipanggil memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sebelum kematiannya.

"Ketika Teoh dipanggil (oleh SPRM), dimanakah Ean Yong, mana penasihat DAP Lim Kit Siang, mana Karpal Singh. Kenapa tak bantu ketika Teoh disiasat.

"Yang pasti, hanya selepas Teoh meninggal dunia, mereka (DAP) datang pasang lilin putih depan pejabat SPRM," kata Allan Liew Sin Kim, jurucakap sekumpulan enam orang yang menyifatkan diri mereka sebagai rakan dan penyokong Teoh.

Teoh, 30, ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam, Selangor, pada 16 Julai 2009, selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM Selangor.

Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kematian Teoh dalam laporannya yang dikeluarkan Khamis lepas menyatakan bahawa Teoh membunuh diri akibat tertekan semasa sesi soal siasat.

Liew berkata SPRM tidak sepatutnya diheret dalam hal ini kerana ia hanya menjalankan tugas untuk menyiasat dan mencari bukti selepas mendapat laporan mengenai penyalahgunaan wang peruntukan ADUN Seri Kembangan.

Kumpulan itu juga meminta Ean Yong memberi penjelasan mengenai artikelnya dalam buku 'Satu Tahun Keadilan untuk Beng Hock' yang mereka sifatkan sebagai mengelirukan.

Ketika ditanya mengapa mereka tidak memberi kenyataan sebelum ini, Liew berkata mereka tidak mahu mempengaruhi dan mengganggu keputusan yang akan dibuat oleh Suruhanjaya Diraja itu. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan