Bernas Belanja RM12 Juta Kempen 'Secupak Budi, Sepenuh Hati'

Diterbitkan: Khamis, 28 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Padiberas Nasional Bhd (Bernas) akan membelanjakan RM12 juta setahun bagi kempen "Secupak Budi, Sepenuh Hati" untuk diberikan kepada anak-anak yatim seluruh negara.

Di bawah kempen itu, yang dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Khamis, Bernas akan mendermakan 25 gram beras untuk setiap 10kg pek beras Bernas yang dibeli oleh rakyat Malaysia di mana-mana cawangan runcit seluruh negara.

Beras itu akan disedekahkan kepada anak-anak yatim di rumah anak yatim.

Pengerusi Bernas, Datuk Wira Syed Abdul Jabbar Syed Hassan berkata daripada RM12 juta, RM5 juta akan dibelanjakan untuk beras yang dibeli oleh rakyat Malaysia dan RM7 juta untuk pengiklanan dan promosi.

Bernas mensasarkan 150 anak yatim dari pelbagai bangsa dan ugama untuk mendapat manfaat daripada kempen itu.

Proses pemilihan akan dijalankan secara berterusan dari masa ke semasa sehingga jumlah sasaran anak yatim dicapai.

Selain daripada jenama Bernas, kempen itu akan turut disertai oleh beberapa unitnya iaitu Jasmine Food Corp, Serba Wangi Sdn Bhd dan Era Bayam Kota Sdn Bhd di Semenanjung Malaysia sementara di Sabah dan Sarawak oleh Sabarice Sdn Bhd, Sazarice Sdn Bhd dan Liansin Trading Sdn Bhd.

Kesemua Bernas dan jenama beras yang menyertai yang dijual di kedai-kedai akan ditandakan dengan pelekat "Secupak budi, Sepenuh Hati".

Pembelian pek beras 2kg, 5kg atau 10kg akan menjuruskan kepada pendermaan beras kepada anak-anak yatim bagi pihak pengguna.

Syed Abdul Jabbar berkata kempen akan berjalan selama tiga hingga empat tahun dan akan disemak semula selepas itu. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan