Bakal Pekerja Perlu Dapat Maklumat Risiko Penyakit Berkaitan Pekerjaan - Liow

Diterbitkan: Khamis, 28 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai menyarankan bakal pekerja supaya mendapatkan maklumat mencukupi berhubung risiko penyakit berkaitan pekerjaan yang akan mereka ceburi.

Beliau berkata ini bagi memastikan mereka sentiasa menjaga kesihatan diri dan mengamalkan langkah keselamatan di tempat kerja supaya terhindar daripada dijangkiti pelbagai risiko penyakit.

"Kementerian Kesihatan sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Sumber Manusia untuk melihat pelbagai penyakit yang berlaku akibat pekerjaan. Tetapi pekerja juga perlu peka kepada kesihatan masing-masing, jaga mata, jaga tulang dan sebagainya," katanya kepada Bernama di sini.

Mengulas laporan akhbar semalam mengenai jururawat sebagai antara golongan yang berisiko terdedah kepada penyakit berkaitan otot dan tulang kerana sering mengangkat beban berat, Liow berkata mereka tidak perlu bimbang dan boleh meneruskan pekerjaan seperti biasa.

Katanya dengan peralatan penjagaan kesihatan yang semakin canggih, faktor terkena penyakit berkaitan otot dan tulang dapat dikurangkan.

"Kita ada alat untuk mengalih pesakit dari katil ke katil. Selain itu kita melatih jururawat mengenai teknik mengangkat pesakit yang betul dan bagaimana untuk menggunakan alat yang betul," kata beliau.

Dalam pada itu, Liow berkata suhu pendingin hawa di tempat kerja juga perlu disesuaikan mengikut keadaan kerana terdapat pekerja yang mengalami masalah kesihatan akibat daripada pendingin hawa yang terlalu sejuk atau udara yang kotor.

Sementara itu, Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S.Subramaniam memberitahu Bernama, majikan perlu mengkaji risiko penyakit yang boleh dihidapi pekerja dan mengambil langkah-langkah keselamatan.

"Majikan perlu menyediakan kemudahan dan infrastruktur yang sesuai supaya risiko terkena penyakit itu dapat dikurangkan.

"Kementerian melalui Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (Niosh) turut membuat pelbagai kajian mengenai penyakit berkaitan pekerjaan untuk kesedaran orang ramai," katanya.

Pada tahun lepas, sebanyak 1,221 kes penyakit yang berpunca dari tempat kerja telah dilaporkan, berbanding 949 kes pada 2009. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan