121 Lagi Sekolah Agama Dibuka Di Johor Menjelang 2013

Diterbitkan: Khamis, 28 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Sebanyak 121 buah sekolah agama akan dibuka di seluruh Johor menjelang tahun 2013 melibatkan kos pembinaan RM294 juta.

Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman berkata pembinaan sekolah yang mampu menampung 100,000 murid itu dilakukan menerusi pinjaman pembiayaan institusi kewangan Islam, Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad (KFHMB), manakala kerja pembinaan dilakukan syarikat Mysysnet Development Sdn Bhd.

"Pinjaman pembiayaan ini merupakan satu cara bagi mengatasi keperluan mendesak terhadap sekolah agama di negeri ini. Jika kerajaan negeri terus berharap kepada pembinaan sekolah agama menggunakan peruntukan tahunan seperti biasa, hanya enam sekolah sahaja yang mampu didirikan setiap tahun," katanya.

Abdul Ghani berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian pembiayaan projek pembangunan sekolah agama seluruh negeri Johor antara KFHMB dan MysysNet Development Sdn Bhd di sini Khamis.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Syariah KFHMB Sheikh Prof Dr Mohammad Abdul Razaq Al-Tabtabae.

Abdul Ghani berkata pembayaran pinjaman akan dilangsaikan kerajaan negeri dalam tempoh 15 tahun manakala kerja pembinaan sekolah terbabit akan melibatkan 300 kontraktor tempatan kelas E dan F.

Fasa pertama yang melibatkan 26 buah sekolah dijadualkan siap pada Disember tahun depan sebelum boleh digunakan untuk sesi pembelajaran 2013.

Letika ini terdapat 552 sekolah agama di seluruh Johor yang menampung 210,000 orang murid dengan 5,000 orang guru.

Daripada 552 sekolah itu, 386 beroperasi di bangunan sendiri manakala yang lain menumpang di sekolah kebangsaan, balai raya atau menyewa di premis perniagaan.

"Pembinaan ini juga memahatkan satu mercu tanda dalam sejarah sistem Pendidikan Agama Negeri Johor yang telahpun berusia lebih 100 tahun. Sepanjang lebih satu abad sejak kerajaan negeri memberi penekanan kepada pendidikan agama sempena wujudnya Undang-undang Tubuh Negeri Johor pada 1895, sekolah agama Johor kini berkembang pesat fasa demi fasa," kata Abdul Ghani.

Ketua Pegawai Eksekutif KFHMB Jamelah Jamaluddin berkata syarikat itu berbesar hati kerana terpilih sebagai pembiaya utama projek pembangunan berkenaan melalui kemudahan Murabahah Tawarruq.

Beliau berkata selain pembiayaan itu, pihaknya akan menyumbang kelengkapan untuk pusat sumber di sekolah-sekolah agama yang bakal dibuka itu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan