10 Ditahan Ganggu Majlis Perdana Menteri

Diterbitkan: Khamis, 28 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: 10 orang ditahan termasuk Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Rozan Azen Mat Asip di Stesen KL Sentral dipercayai cuba mengganggu program yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Kesemua mereka ditahan kira-kira pukul 2.50 petang Rabu dan kemudiannya dibawa ke Balai Polis Jalan Travers.

Turut ditahan ialah Exco AMK, Zaki Yamani dan pembantu Ahli Parlimen Ampang, Mohd Fareez Kamal Intidzam.

Kesemua yang ditahan memakai kemeja-T berwarna kuning.

Kejadian berlaku ketika Najib bersama timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan anggota jemaah menteri tiba dengan menaiki ERL KLIA Transit dari Putrajaya bagi pelancaran kibar Jalur Gemilang 2011.

Zaki dilihat cuba mendekati Najib bagi menyerahkan sepucuk surat yang dipercayai mengandungi memorandum tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).

Bagaimanapun beliau dihalang oleh kira-kira empat pengawal peribadi Perdana Menteri.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan