Sisa Rangka 21 Pejuang Iban Tiba Di Bumi Kenyalang

Diterbitkan: Rabu, 27 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: "Akhirnya, rakan seperjuangan saya, Nyambik Pasang, dapat balik ke Sarawak." Itulah kata-kata Sarjan Mejar Sangalang Uyang, 74, seorang bekas anggota peninjau Iban yang berkhidmat dalam pasukan tentera British semasa Darurat dahulu. Nyambik merupakan seorang daripada 21 anggota kumpulan peninjau dikenali "Iban Trackers dan Sarawak Rangers" yang terkorban semasa berkhidmat dalam pasukan tentera British menentang pengganas komunis semasa Darurat Malaya(1948-1960) di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia dan di Singapura.

Sambil menceritakan detik-detik cemas ketika kejadian pada 10 Jun 1958, Sangalang berkata pasukan mereka sedang membuat rondaan di Jalan Jelapang, Ipoh, Perak apabila diserang. "Nyambik meninggal dunia di sisi saya setelah terkena tembakan di dada," katanya kepada pemberita di sini Selasa.

Sangalang merupakan antara pejuang negara yang membawa pulang 21 tempayan atau tajau dalam bahasa Iban, yang mengandungi sisa rangka Iban Trackers dan Sarawak Rangers yang terkorban semasa mempertahankan negara, ke Sarawak.

"Saya berasa sedih kerana rakan seperjuangan saya tidak hidup lagi. Pada masa yang sama, saya berasa gembira kerana (mayat) mereka dapat balik ke negeri Sarawak," katanya.

Sisa rangka mayat kesemua mayat itu dibawa pulang dengan pesawat pengangkut Tentera Udara Diraja malaysia dan tiba di Pangkalan TUDM di sini pada 1.15 petang.

Bidang Bagi, 84, dari Lubok Antu, berkata tidak pernah jumpa abangnya, Rejab Bagi, yang meninggalkan kampung halaman untuk berkhidmat dalam pasukan tentera British sehinggalah menerima tajau mengandungi sisa rangka abangnya itu hari ini.

"Akhirnya, kamu sudah pulang juga. Saya sangat rindu dengan kamu (Rejab)," katanya ketika melihat tajau yang menyimpan sisa rangka abangnya itu.

Satu upacara penuh adat istiadat telah diadakan untuk menyambut dan menyerahkan kesemua 21 tajau yang dibawa pulang itu.

Pada majlis itu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang diwakili Assisten Ketua Staff Cawangan Sumber Manusia Markas Angkatan Tentera Malaysia, Mejar Jen Datuk Mohd Zaki Mokhtar menyerahkan bendera Malaysia kepada kerajaan Sarawak yang diwakili Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu. Upacara "miring" turut diadakan untuk menyambut kepulangan kesemua 21 pejuang Iban itu dan ia disempurnakan oleh Temenggong Kanang Anak Langkau yang merupakan bekas Pegawai Waran 1.

Sisa kesemua 21 Iban Trackers dan Sarawak Rangers itu disimpan di Kem 1 Divisyen dan akan disemadikan di Perkuburan Pahlawan di Jalan Budaya di sini Rabu.

Sisa rangka berkenaan digali semula dari kubur asal di Alor Setar, Kedah (satu); Batu Gajah, Perak (dua); Kamunting, Perak (empat); Cheras, Kuala Lumpur (empat); Terendak, Melaka (lapan) dan Kranji, Singapura (dua).

Langkah membawa pulang sisa rangka semua perajurit itu menerusi Ops Mai Pulai adalah hasil cadangan Lt Kol (B) Robert Rizal Abdullah kepada Jabu selepas beliau membaca keluhan seorang wanita Sarawak mengenai kubur seorang askar peninjau Iban yang terbiar di tepi sebatang jalan raya di Alor Setar.- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan