Rumah Panjang Leo Moggie Musnah Terbakar

Diterbitkan: Rabu, 27 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANOWIT: Rumah panjang Pengerusi Tenaga Nasional Bhd Tan Sri Leo Moggie di Bejait, kira-kira 45 minit perjalanan darat dari sini, musnah dalam satu kebakaran petang pada Selasa.

Anak saudaranya Nelson Jaun ketika dihubungi berkata seluruh rumah panjang yang mempunyai kediaman 29 pintu itu dijilat api kira-kira 10 minit selepas kebakaran bermula pada kira-kira pukul 6 petang.

Beliau berkata api merebak dengan pantas ekoran musim kemarau yang sedang melanda ketika ini, memusnahkan rumah panjang itu yang boleh diangap paling moden di daerah sini.

Ketua pegawai operasi bomba Douglas Graji ketika dihubungi di pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Kanowit di sini berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada kira-kira pukul 6.28 petang.

"Satu pasukan 11 anggota yang diketuai pegawai bomba Mutton anak Gelunggang sampai di rumah panjang yang berusia kira-kira 10 tahun itu pada kira-kira pukul 7.17 petang, namun ia sudah tidak dapat diselamatkan lagi," katanya dan menambah api dapat dipadamkan kira-kira sejam kemudian.

Graji berkata seorang lelaki berumur sekitar 40an cedera apabila dia cuba merempuh masuk rumah panjang itu kerana hendak menyelamatkan harta bendanya, dan dia sudah dihantar ke Hospital Sibu untuk rawatan.

Beliau berkata punca kejadian masih dalam siasatan, dan menurutnya ramai mangsa kini menumpang sementara di Dewan Masyarakat berhampiran dengan tempat kejadian. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan