Polis Belum Putuskan Mengenai Permit Untuk Perhimpunan 13 Ogos Di Kuching

Diterbitkan: Rabu, 27 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Polis masih belum membuat sebarang keputusan terhadap permohonan oleh pertubuhan Movement For Change Sarawak (MoCS) untuk mengadakan perhimpunan "A Walk For Democracy and Reforms" di sini pada 13 Ogos nanti.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Mun Kock Keong berkata ketika ini permohonan permit oleh MoCS masih dalam kajian, dan keputusan mengenainya akan mengambil kira pelbagai faktor, seperti penganjurannya yang dirancang di bulan puasa, sentimen orang ramai, dan keselamatan.

"Kami akan lihat kepada pelbagai aspek, tapi ketika ini kami masih mengkaji permohonan itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri perhimpunan bulanan di ibupejabat Polis Daerah di sini Rabu.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan bila keputusan mengenai permohonan itu akan diberikan.

Sebelum ini ketua MoCS Francis Siah dilaporkan berkata perhimpunan baju merah yang dirancang itu akan bermula sama ada di Padang Merdeka atau Tebingan Sungai Kuching, sebelum berakhir di Reservoir Park atau dekat Muzium di sini, dan menurutnya perhimpunan itu tidak bermotif politik kerana ia tidak pernah meminta sokongan dari mana-mana parti politik.

Rancangan MoCS itu bagaimanapun mendapat bantahan beberapa pihak, antaranya 24 pemimpin pemuda peringkat akar umbi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang mendesak beliau membatalkann hasrat itu bagi menghormati bulan Ramadan, manakala Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud menggambarkan ia sebagai usaha mengenepikan mandat yang diberikan oleh rakyat kepada beliau dan Barisan Nasional untuk mentadbir negeri.

Terdahulu dalam ucapannya Mun berkata walupun Kadar Indeks Jenayah Kuching dari Januari hingga Jun lalu menunjukkan trend menurun berbanding tempoh sama tahun lepas, jenayah curi kenderaan dan pecah rumah di bandar raya Kuching masih menunjukkan trend meningkat.- BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan