Pengetua Diseru Tingkatkan Kualiti Pengurusan Jayakan Wawasan 2020 - Berita Semasa | mStar

Pengetua Diseru Tingkatkan Kualiti Pengurusan Jayakan Wawasan 2020

Diterbitkan: Rabu, 27 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak menyeru pengetua sekolah menengah supaya meningkatkan kualiti pengurusan bagi membantu menjayakan wawasan kerajaan untuk mentransformasikan pendidikan negara.

Ketika membuat seruan itu, beliau yakin pengetua yang berkualiti akan dapat memainkan peranan yang amat penting dalam merealisasikan wawasan 2020 seperti yang disarankan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, sekaligus mengangkat martabat pendidikan bertaraf dunia.

Salleh berkata soal kualiti merupakan intipati penting yang mesti diambil kira dalam apa juga bidang pengurusan termasuk pengurusan sekolah.

"Pengetua yang berkualiti sudah tentu akan menghasilkan sekolah yang berkesan dan membawa banyak kecemerlangan kepada organisasinya," katanya ketika berucap pada majlis malam mesra sempena persidangan pengurusan pendidikan pengetua sekolah menengah Sabah ke-35 di sini.

Salleh berkata antara amalan yang boleh meningkatkan kualiti pengurusan ialah bertimbang rasa, berperikemanusiaan dan melaksanakan tanggungjawab secara bersama. -BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan