Pelawat Dinasihat Dapatkan Suntikan Vaksin Demam Kuning Sebelum Ke Negara Berisiko

Diterbitkan: Rabu, 27 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelawat dari Malaysia dinasihat mendapatkan suntikan vaksin demam kuning sebelum melawat ke negara yang berisiko mengalami transmisi penyakit itu.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Hasan Abdul Rahman berkata langkah itu bertujuan memastikan negara ini bebas daripada penyakit demam kuning. Suntikan vaksin demam kuning perlu diambil 10 hari sebelum melawat ke negara-negara berkenaan untuk perlindungan berkesan terhadap penyakit itu, katanya dalam kenyataan di sini, Rabu.

Pelawat yang tiba dari atau telah melawat negara berisiko kurang daripada enam hari daripada tarikh berlepas serta gagal menunjukkan sijil vaksinasi demam kuning yang sah, boleh dikuarantin untuk tempoh tertentu tidak melebihi enam hari, katanya.

Dr Hasan berkata sehingga kini Malaysia bebas daripada penyakit demam kuning walaupun mempunyai vektor pembawa penyakit itu iaitu nyamuk Aedes aegypti.

"Kadar fataliti penyakit demam kuning boleh mencapai sehingga 50 peratus, namun begitu belum ada rawatan khusus penyakit ini," katanya.

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) setakat ini menyenaraikan 42 negara di Afrika, Amerika Selatan dan Amerika Tengah sebagai berisiko mengalami transmisi demam kuning.

Negara-negara itu ialah Angola, Benin, Burkisa Faso, Burundi, Cameroon, Central Africa Republic, Chad, Congo, Democratic Republic of Congo, Cote d'Ivoire, Ethopia, Gabon, Gambia, Ghana, Guinea, Guinea-Bissau, Equatorial-Guinea, Kenya, Liberia, Mali, Mauritania, Niger, Nigeria, Rwanda, Senegal, Sierra Leone, Sudan, Togo dan Uganda di Afrika.

Argentina, Bolivia, Brazil, Colombia, Ecuador, French Guiana, Guyana, Paraguay, Panama, Peru, Suriname, Trinidad & Tobago dan Venezuela di Amerika Selatan dan Amerika Tengah.

Dr Hasan berkata Kementerian Kesihatan telah menyenaraikan 19 pusat vaksinasi demam kuning di Malaysia yang diiktiraf iaitu Bahagian Penyelidikan Virus di Institut Penyelidikan Perubatan; Mont Kiara Medical City, KLCC; Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (Bahagian Kesihatan Primer) di Wangsa Maju; Klinik Kesihatan Putrajaya, Putrajaya; Prince Court Medical Centre Sdn Bhd, Jalan Kia Peng dan Gleneagles Intan Medical Centre di Jalan Ampang.

Suktikan vaksin itu juga boleh didapati di Pulau Pinang Port Health Office, Tuanku Syed Putra Building di Jalan Downing; Pejabat Kesihatan Kinta, di Batu Gajah; Columbia Asia Medical Centre, Miri, Sarawak; Pejabat Kesihatan, Jabatan Kesihatan Bahagian, Kuching, Sarawak dan Poliklinik Komuniti Beserah di Kuantan.- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan