NGO Serah Memorandum Kepada Suhakam Hargai Polis Kawal Perhimpunan Haram

Diterbitkan: Rabu, 27 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua badan bukan kerajaan hari ini menyerahkan memorandum bagi menghargai jasa baik polis mengawal keadaan semasa perhimpunan haram pada 9 Julai lepas dengan penuh dedikasi kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).

Ikatan Rakyat Muslim Malaysia (Irimm) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyerahkan memorandum itu kepada Pesuruhjaya Suhakam, Prof Datuk Dr Mahmood Zahdi di pejabat suruhanjaya itu di sini.

Setiausaha Agung Irimm, Datuk Thajudeen Mohideen berkata pihaknya menyerahkan memorandum itu kepada Suhakam bagi menyatakan sokongan badan itu terhadap tindakan polis menjalankan tanggungjawab mereka dalam mengawal ketenteraman awam.

"Jasa pihak polis semasa bertugas mengawal keadaan berjaya mengekang dari terjadinya perkara yang tidak diingini," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum tersebut.

Beliau berkata tuduhan yang dilemparkan terhadap anggota polis bahawa mereka menggunakan kekerasan terhadap peserta perhimpunan haram adalah tidak releven.

"Semasa berlaku demonstrasi, anggota polis bertungkus lumus mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku dan tugas mereka yang memerlukan mereka bekerja siang dan malam perlu dihargai oleh rakyat," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan