Muzakarah Cadang Tubuh Lembaga Kelayakan Syariah

Diterbitkan: Rabu, 27 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Muzakarah Pakar Pemurnian Dapatan Projek Penyelidikan "Pemacuan Transformasi Sistem Perundangan Islam di Malaysia" pada Rabu mencadangkan penubuhan Lembaga Kelayakan Syariah sebagai badan profesional yang memantau kelayakan dan kegiatan anggota-anggotanya.

Timbalan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) Prof Datuk Dr Zaleha Kamaruddin berkata cadangan penubuhan lembaga itu merupakan pendekatan bagi mencari penyelesaian terhadap permasalahan berhubung usaha mentransformasi bidang kuasa perundangan Islam di negara ini.

"Kita lihat sekarang pengamal undang-undang syariah tidak bergerak bersama-sama. Oleh itu, dengan penubuhan badan profesional ini, kita dapat memprofesionalkan bidang syariah di samping mengawal selia aktiviti anggotanya," katanya kepada pemberita selepas muzakarah itu di Ikim di sini Rabu.

Antara pakar rujuk pada muzakarah itu ialah Dekan Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia Prof Dr Abd Samad Musa, Dekan AIKOL Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Prof Dr Mohd Akram Shair Mohamed dan Pengarah Akademi Pengajian Islam Prof Madya Dr Ruzman Mohd Noor.

Dr Zaleha berkata pelan cadangan itu akan diserah kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dalam masa terdekat untuk tindakan lanjut.

Selain itu, muzakarah itu turut mencadangkan penubuhan Majlis Dekan untuk mengetengahkan perkara berkaitan syariah selaras dengan subjek yang diikuti di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Katanya kebanyakan program yang diajar di IPTA tidak selaras dengan perkembangan industri di negara ini Oleh itu, katanya penglibatan yang berterusan daripada pegawai agensi berkaitan sangat diperlukan bagi menjayakan program transformasi perundangan Islam di negara ini.

"Kita juga menyokong penuh kewujudan Majlis Peguam Syarie kerana ia dapat memastikan kualiti peguam syarie yang diterima sebagai peguam untuk mempraktiskan ilmu guaman dalam perundangan Islam," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan