Muhyiddin: Pas Kuno Tolak Sistem Biometrik

Diterbitkan: Rabu, 27 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Pas berfikiran kuno kerana menolak cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggunakan sistem biometrik bagi menyelesaikan isu pengundi hantu dan pengundi bertindih.

Timbalan Perdana Menteri berkata cadangan yang dikemukakan oleh SPR itu adalah untuk menambah baik sistem pendaftaran pemilih dan mengelak pelbagai salah faham yang berbangkit sebelum ini seperti yang sering didakwa oleh pembangkang sendiri seolah-olah Daftar Pemilih tidak bersih.

"Pas jangan terlalu terburu-buru membuat penolakan sebaliknya memberi peluang kepada SPR untuk mengemukakan cadangan mereka dan mengadakan perbincangan mengenai perkara itu dengan pihak terbabit sebelum sistem itu betul-betul dilaksanakan.

Dia punya cara pemikiran itu terlalu ortodoks. Cadangan yang dikemukakan oleh SPR adalah untuk menambah baik sistem pendaftaran pemilih dan hendak mengelakkan pelbagai salah faham yang berbangkit sebelum ini.

"Biarlah Pas bersikap munasabah. Kalau Pas bersikap begitu (menolak pembaharuan), memang fiil (perangai) dia begitulah, kita tahulah cara dia (Pas) menolak apa saja yang baik," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Sekolah Dalam Hospital di Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur di sini Selasa.

Pas hari ini menolak cadangan SPR untuk menggunakan kaedah biometrik bagi menyelesaikan isu pengundi hantu dan pengundi bertindih kerana menyatakan ia bukan penyelesaian yang sebenar.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata sistem itu juga terdedah kepada manipulasi pihak yang mengendalikannya kerana hanya segelintir sahaja yang ada kepakaran dan terlibat mengendalikan biometrik.

Sementara itu, mengenai pertemuan dengan anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) semalam, Muhyiddin berkata perjumpaan berkenaan adalah rutin biasa untuk mendengar perkembangan serta pandangan mereka dalam menambah baik perkhidmatan di kawasan masing-masing.

"Kita minta supaya mereka lebih memberi perhatian kepada kawasan masing-masing dan bagi mereka yang berjawatan menteri dan timbalan menteri pula, mereka tidak harus menumpukan kepada kawasan mereka sahaja tetapi juga membantu kawasan-kawasan lain.

"Mereka bukan sahaja untuk memperjelaskan isu-isu berkaitan kementerian mereka sahaja tetapi juga bertanggungjawab memperjelaskan isu-isu yang berbangkit pada waktu ini... soal politik, sosial, ekonomi dan tidak terbatas kepada bidang tugas kementerian sahaja," katanya.

Ditanya sama ada kekerapan pertemuan dengan wakil rakyat dan anggota Parlimen BN adalah disebabkan pilihan raya umum semakin hampir, beliau berkata:

"Saya seringkali menyatakan bahawa pilihan raya semakin hampir, sama ada tempoh itu masih jauh ataupun semakin dekat, terpulang kepada rakyat untuk menerimanya. Ketika saya berucap pada IPF (perhimpunan agung Barisan Kemajuan India SeMalaysia), mereka mengatakan bahawa Timbalan Perdana Menteri memberi petunjuk bahawa ia semakin hampir. Bagaimanapun ia tidaklah terlalu jauh.

"Ketika kami menetapkan tarikhnya, semakin kita melangkah dari bulan ke bulan, kita semakin lama semakin hampir. Sama ada ia dalam tempoh dua tahun atau satu setengah tahun lagi, saya tidak tahu.

"Bagaimanapun tugas saya ialah untuk mengingatkan pemimpin dan anggota kita, selain rakyat, supaya memberi lebih tumpuan," kata beliau. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan