Mahasiswa Tempatan Perlu Manfaatkan Kehadiran Penuntut Antarabangsa

Diterbitkan: Rabu, 27 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah meminta mahasiswa tempatan memanfaatkan sepenuhnya kehadiran penuntut antarabangsa di negara ini dengan mempelajari budaya hidup mereka, selain memperkaya pemikiran.

Beliau berkata adalah merugikan jika mahasiswa tempatan tidak merebut peluang yang ada memandangkan bukan semua pelajar mendapat peluang untuk belajar di luar negara.

"Kita kena lihat pelajar antarabangsa bukan hanya datang ke sini untuk belajar, dan kita (universiti) menyediakan segala yang terbaik untuk membolehkan mereka belajar sahaja.

"Perlu lebih dari itu...ia bukan hanya mengenai pelajar antarabangsa, tapi ia juga mengenai pelajar Malaysia dan komuniti Malaysia," katanya kepada pemberita selepas merasmikan 'National Conference on Management of International Students 2011' di sini, Rabu.

Menurutnya selain dapat mempelajari budaya mereka, mahasiswa tempatan juga boleh meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dan bahasa antarabangsa yang lain.

Sehingga kini seramai 24,214 pelajar antarabangsa menuntut di institusi pengajian tinggi awam dan 62,705 orang di institusi pengajian tinggi swasta.

Selain itu, Saifuddin berkata masyarakat tempatan juga harus menukar pemikiran dengan menganggap diri sebagai masyarakat antarabangsa.

"Selagi kita tidak mempunyai pandangan bahawa kita juga adalah rakyat antarabangsa, kita hadapi kesukaran setiap kali timbul isu antarabangsa. Kita akan ada pandangan yang berlainan semata-mata kerana kita kurang memahami kedudukan dan pandangan orang lain daripada luar negara terhadap kita," katanya.

Mengulas mengenai wacana bertajuk "Apa Selepas 9 Julai ini" di Kompleks Karangkraf pada Selasa, Saifuddin berkata ia merupakan satu platform yang baik dalam memberikan pendidikan politik kepada masyarakat untuk memahami dan membicarakan isu-isu politik negara secara terbuka dan bijaksana.

Antara panel yang mengambil bahagian dalam forum itu ialah Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Wan Ahmad Wan Omar, Pengerusi Bersih 2.0 Datuk S.Ambiga dan Pengarah Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Shamsul Amri Baharudin.- BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan