Kerakusan Kerajaan Negeri Pulau Pinang Rugikan Rakyat:Azhar

Diterbitkan: Rabu, 27 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Ketua Pembangkang Pulau Pinang Datuk Azhar Ibrahim menyifatkan tindakan kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR) yang mengarahkan premis Pusat Komuniti Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Penaga dikosongkan, sebagai tindakan rakus dan merugikan rakyat.

Beliau yang juga Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri berkata pusat itu menjadi tempat pertemuan wakil rakyat dengan penduduk kampung bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi penduduk dan sebagai tempat untuk menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan.

"Yang datang ke pusat itu pun bukan penyokong Barisan Nasional (BN) sahaja, ramai orang PAS yang kebanyakannya nelayan datang minta bantuan, saya terima kehadiran mereka dan hulurkan bantuan sewajarnya tanpa memikirkan latar belakang politik.

"Tetapi sifat rakus kerajaan negeri yang tidak peduli kepentingan rakyat inilah yang merugikan rakyat, buat ikut suka dan tidak ada perancangan. Saya tiada kepentingan peribadi, pusat itu adalah untuk rakyat," katanya.

Pada Selasa Hakim Datuk Rohana Yusof menolak permohonan semakan kehakiman itu di dalam kamar untuk mencabar arahan Pegawai Daerah Seberang Perai Utara yang mengeluarkan arahan mengosongkan premis Pusat Komuniti Adun Penaga.

Dalam permohonan yang difailkan Disember tahun lepas, Azhar menamakan Pegawai Daerah Seberang Perai Utara dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebagai responden.

"Saya terima keputusan hakim yang berpihak kepada kerajaan negeri, saya tidak marah cuma rasa kecewa, Jumaat ini peguam saya Datuk Jahaberdeen Mohamed Yunoos akan hantar permohonan untuk penggantungan sementara keputusan itu," katanya.

Pusat komuniti berkenaan mula beroperasi sekitar tahun 2006 semasa kerajaan negeri itu diperintah BN, dibina khas untuk pelbagai aktiviti melibatkan kepentingan dan kebajikan penduduk di Penaga.

Azhar berkata sejak pemerintahan kerajaan negeri dipegang DAP, operasi pusat komuniti itu berjalan seperti biasa sehingga 18 Nov lepas, iaitu setelah arahan penyerahan kunci dibuat Pegawai Daerah berkenaan.- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan