Kerajaan Perlu Bebaskan Anggota PSM

Diterbitkan: Rabu, 27 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kerajaan membebaskan enam anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Michael Jeyakumar yang ditahan mengikut Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) 1969 tanpa sebarang syarat.

Menurut Ketua Umum Pakatan Rakyat itu juga, kerajaan tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk terus menahan kesemua mereka itu.

"Selepas permohonan habeas corpus, alasan penahanan bertukar pula kepada terbabit merancang perhimpunan Bersih.

"Alasan yang berdolak-dalik ini menjadi bukti penahanan enam orang tersebut tidak berasas sama sekali," katanya dalam satu kenyataan di sini, Rabu.

Selain Jeyakumar, lima lagi yang ditahan di bawah akta berkenaan ialah Setiausaha PSM, M Saraswati; Setiausaha PSM Sungai Siput, A Letchumanan; Ahli Jawatankuasa PSM Pusat, S Sukumaran; Ketua Pemuda PSM Sungai Siput,K Sarajbabu dan ahli PSM, Choo Choon Kai.

Pada 2 Julai lalu, polis mengumumkan menahan kesemua mereka di bawah Ordinan Darurat kerana dipercayai terlibat dalam anasir-anasir subversif.

Bagaimanapun Anwar mendakwa penahanan berkenaan merupakan helah pemerintah untuk memburuk-burukkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).

Selain itu Anwar berkata, wujud kebimbangan bahawa kesemua enam yang ditahan itu berkemungkinan dikasari pihak polis sewaktu disoal siasat.

"Kini wujud kebimbangan bahawa enam yang ditahan itu kemungkinan dikasari kerana adalah tidak munasabah bagi polis untuk tidak membenarkan pihak keluarga bertemu dengan enam pemimpin PSM itu.

"Tidak ada sebab untuk menghalang mereka dari bertemu kecualilah kebimbangan kita bahawa tahanan tersebut dianiaya punya asasnya," katanya.

Baru-baru ini keluarga kepada pemimpin PSM yang ditahan itu merayu pihak polis dan kerajaan supaya membenarkan mereka menemui tahanan berkenaan.

Difahamkan ahli keluarga hanya bertemu tahanan terbabit sebanyak dua kali dalam tempoh dua minggu lalu serta mendakwa tahap kesihatan mereka (tahanan) semakin merosot.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan