Jakim Masih Mahu Teliti Permohonan Halal Pengedar Barbican

Diterbitkan: Rabu, 27 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mahu meneliti terlebih dahulu permohonan syarikat pengedar minuman Barbican walaupun Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memutuskan bahawa minuman itu boleh diminum oleh umat Islam.

Sehubungan itu Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Hab Halal Jakim, Hakimah Mohd Yusoff berkata, pihaknya sehingga kini belum mengeluarkan sebarang lesen kepada mana-mana pengedar bir halal di negara ini.

“Setakat ini kita masih belum mengeluarkan sebarang sijil halal kepada mana-mana pengedar bir halal ini.

“Kita memerlukan sedikit masa lagi untuk meneliti permohonan mereka terlebih dahulu kerana kebanyakan kilang syarikat pengedar itu berada di luar negara,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Rabu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan jawatankuasa itu yang memutuskan bir halal tersebut boleh diminum oleh umat Islam kerana ia diproses bukan untuk tujuan pembuatan arak.

Antara syarikat yang telah mengemukakan permohonan sijil halal tersebut ialah Suria Wholesaler Sdn Bhd yang mengedarkan minumam ringan Barbican yang menjadi kontroversi baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin menasihatkan pengeluar minuman tersebut perlu mendapatkan sijil halal daripada Jakim atau Majlis Agaman Islam Negeri (MAIN) bagi mengelakkan kekeliruan umat Islam di negara ini.

Isu ‘bir halal’ itu timbul selepas Jabatan Agama Johor (JAJ) mendedahkan ada produk minuman yang terkenal dari negara Arab mempunyai kandungan alkohol 0.5 peratus, iaitu melebihi had 0.01 peratus yang ditetapkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

Mei lepas, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menasihati umat Islam di Malaysia supaya tidak minum ‘bir halal’ tersebut kerana kandungan alkohol dalam minuman itu melebihi paras yang dibenarkan oleh Islam.

Jamil Khir berkata syarikat itu mendakwa bahawa bir berkenaan mengandungi hanya 0.01 peratus alcohol tetapi kajian makmal yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Johor mendapati kandungan alkohol dalam minuman itu ialah 0.5 peratus

Minuman yang diimport dari sebuah negara Islam di Asia Barat itu banyak terdapat di kafe-kafe di negara ini yang dijual antara RM3 hingga RM5 sebotol.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan