Isu Wahabi: Hubungan Malaysia-Arab Saudi Boleh Terjejas

Diterbitkan: Rabu, 27 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu menyifatkan tindakan Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengaitkan pengikut fahaman Wahabi dengan pengganas sebagai keterlaluan kerana ia akan menjejaskan hubungan antara Malaysia dengan Arab Saudi.

"Dakwaan itu akan menjejaskan hubungan dari segi semangat keislaman dengan pihak yang mengamalkan fahaman Wahabi.

"Bukan saja Arab Saudi, Bahrain dan Kuwait turut dikaitkan ada unsur pengganas," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat khas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat di sini, Selasa.

Pada Isnin, MKN dalam mesyuaratnya seperti dilaporkan media menyenaraikan beberapa nama pemimpin di negara ini termasuk tokoh ulama muda yang menyertai Umno tahun lalu.

Antaranya termasuk bekas Mufti Perlis Prof Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya dan 40 ulama muda termasuk Fathul Bari Mat Jahya.

Menurut Mohammad, tuduhan yang dilemparkan itu tidak ubah seperti penahanan enam aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) di bawah Ordinan Darurat atas alasan cuba menghidupkan fahaman komunis dan berniat menggulingkan Yang Dipertuan Agong.

"Itu semua cerita rekaan semata-mata dan propaganda Barisan Nasional (BN) menjelang pilihan raya akan datang. BN kini tersepit terutama sekali apabila imej parti itu tercalar di peringkat antarabangsa.

"Sudahlah hubungan dengan Perancis terjejas akibat isu kapal selam Scorpene, sekarang pula mahu rosakkan hubungan dengan negara Arab," dakwanya.

Sementara itu, Mohammad menyatakan rasa kesal dengan tindakan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Salleh Mat Rashid yang mengelirukan rakyat mengenai dakwaan bahawa beliau cedera akibat dirempuh kereta polis dan memperlekehkan keadaan kesihatannya.

"Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraan Awam melakukan pembohongan terhadap saya dan berulang kali menyiarkan klip video berkaitan insiden itu di media utama.

"Dia kata saya berbohong kerana mendakwa saya dilanggar kereta pajero polis. Namun, dalam laporan polis di Dang Wangi pada 14 Julai, sudah saya jelaskan bahawa saya dilanggar kereta Proton Waja polis," katanya.

Pada minggu lalu, Salleh menayangkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan Mohammad Sabu tidak dilanggar pajero polis sebaliknya cedera kerana terjatuh sendiri selepas melanggar pembahagi jalan.

Salleh turut mendakwa kecederaan beliau tidak serius dan mempertikaikan tindakan pemimpin tertinggi PAS itu menggunakan kerusi roda.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan