Hubungan Diplomatik M'sia - Holy See Berlandaskan Konvensyen Vienna

Diterbitkan: Rabu, 27 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia memutuskan untuk mewujudkan hubungan diplomatik dengan Holy See, kerajaan sejagat bagi Gereja Katholik yang beroperasi dari Vatican City, sejajar dengan hasrat untuk menjalinkan perhubungan antarabangsa antara kedua-dua belah pihak. Menurut kenyataan Kementerian Luar hari ini, hubungan itu ialah di peringkat diplomatik di pihak Malaysia dan di peringkat "Apostolic Nunciature" (wakil Pope) di pihak Holy See.

Hubungan itu berlandaskan kepada kaedah dan perundangan yang terkandung di dalam Konvensyen Vienna mengenai Hubungan Diplomatik 1961, menurut kenyataan itu.

Pada 18 Julai, Malaysia dan Vatican bersetuju menjalin hubungan diplomatik bagi menggalakkan hubungan persahabatan dan mengukuhkan kerjasama antarabangsa.

Pengumuman itu dibuat ekoran pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Pope Benedict XVI di Castel Gandolfo, kediaman musim panas pemimpin penganut Katolik itu, di pinggir Rom.

Najib mengemukakan idea untuk melawat Vatican, dua tahun lepas tetapi hanya direalisasikan pada Mei tahun ini, selepas perbincangan dengan Papal Nuncio (Duta) Holy See ke Singapura, Leopoldo Girelli dan Ketua Biskop Kuala Lumpur Tan Sri Murphy Pakiam.

Menyatakan dunia "berada di persimpangan", Najib berkata Malaysia mahu berkongsi pengalamannya dengan dunia, dan sebab itu kenapa Malaysia komited untuk menjalin hubungan dengan negara yang sealiran dalam menggalakkan dunia yang aman dan harmoni.

"Inilah sebab utama kenapa Malaysia menjalin hubungan diplomatik dengan Holy See," kata Perdana Menteri.

Jalinan hubungan Malaysia-Vatican adalah sebagai menyusuli jejak negara majoriti penduduk Islam lain seperti Indonesia, Iran, Iraq, Pakistan, Bangladesh, Jordan, Turki, Mesir, Libya, Liga Arab dam majoriti anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC). -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan