Ambil Mudah Punca Peningkatan Kematian Akibat Kanser Payu Dara

Diterbitkan: Rabu, 27 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TEMERLOH: Sikap ambil mudah dan tahap pengetahuan yang rendah terhadap kanser payu dara dikenal pasti punca berlaku peningkatan kadar kematian di kalangan wanita berusia 40 tahun ke atas.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata pengidap penyakit berkenaan hanya datang ke hospital apabila kanser berkenaan sudah merebak dan sukar untuk dirawat.

"Kegagalan mendapat rawatan awal bagi mengesan menyakit tersebut dan kecenderungan mereka mendapatkan rawatan alternatif adalah antara penyebab berlakunya peningkatan kematian.

"Mengikut Laporan Pendaftaran Kanser Kebangsaan 2007, ramai pesakit datang lambat untuk mendapatkan rawatan dimana 42 peratus sudah berada di peringkat tiga dan empat kanser payu dara semasa didiagnosa," kata dalam ucapan beliau pada majlis perasmian Kempen Kesedaran Kanser Payu Dara Peringkat Negeri Pahang di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) di sini Rabu.

Teks ucapan beliau dibacakan Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Abu Bakar Awang Ngah.

Beliau berkata kaum wanita perlu melakukan pemeriksaan sendiri payu dara dan segera mendapatkan rawatan jika mengesan sebarang kelainan.

Menurut beliau, wanita berusia 40 tahun ke atas perlu menjalani pemeriksaan klinikal payu dara di klinik kesihatan sekurang-kurangnnya setahun sekali.

"Wanita yang mempunyai sejarah keluarga terdekat mengidap kanser payu dara perlu hadir ke klinik untuk dirujuk menjalani pemeriksaan mammogram," katanya.

Di Malaysia, kanser payu dara merupakan kanser yang paling utama dilaporkan dengan kadar insiden 29.1 bagi setiap 100,000 populasi dan 32 peratus daripada semua jenis kanser kebanyakannya dikesan dikalangan wanita berusia 45 ke atas, katanya.

Beliau berharap setiap anggota masyarakat dan agensi kerajaan termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membantu Kementerian Kesihatan mencegah kanser payu dara dengan menganjur kempen secara berterusan dalam meningkatkan kesedaran terhadap bahaya penyakit tersebut.- BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan