2,500 Hektar Tanah Sawah Mada Dibangunkan

Diterbitkan: Rabu, 27 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Sebanyak 2,500 hektar tanah sawah daripada keseluruhan 98,500 hektar tanah milik Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) telah dibangunkan sebagai kawasan perumahan, sekolah dan hospital.

Pengerusi Mada Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata kawasan Mada yang paling banyak dibangunkan ialah di Alor Setar.

"Di kawasan Alor Setar atau kawasan-kawasan bandar yang lain, kita tidak boleh elak daripada pembangunan. Tanah semakin kurang jadi kita perlu korbankan tanah kawasan Mada untuk dibangunkan kerana kita mempunyai penduduk yang ramai," katanya di sini.

Baru-baru ini Datuk Bandar Alor Setar yang baru Datuk Mat Noh Ahmad berkata Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) tidak lagi meluluskan permohonan pemaju perumahan untuk membina rumah di kawasan tanah pertanian sawah padi Mada.

Mat Noh berkata tindakan itu selaras dengan saranan kerajaan negeri yang tidak menggalakkan pembangunan perumahan dilakukan di kawasan sawah padi yang mengakibatkan tanah untuk kegunaan pertanian sawah padi kian terhad.

Mahdzir berkata sehingga hari ini, kawasan sawah Mada yang telah dibangunkan untuk pembangunan tidaklah terlalu banyak.

"Kita kena ada teknologi untuk tingkatkan pengeluaran padi kerana kawasan sawah semakin berkurang. Kita kena ada benih baru, baja baru, teknologi yang canggih untuk meningkatkan pengeluaran padi kerana tanah untuk dijadikan bendang (sawah) sudah tiada," katanya.- BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan