Tiada Tempoh Ditetapkan Terhadap Panel Siasat Kes Pegawai SPRM - Mustafar Ali

Diterbitkan: Selasa, 26 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Tiada tempoh yang ditetapkan ke atas pasukan khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyiasat kes tiga pegawai agensi itu yang didakwa melanggar peraturan ketika menguruskan kes membabitkan pembantu khas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teoh Beng Hock.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, pasukan itu diberi ruang untuk melakukan siasatan secara bebas sehinggalah ia selesai.

"Kita tidak mahu tergesa-gesa, mereka diberi ruang dan tempoh masa tanpa had untuk menylesaikan siasatan," katanya pada sidang media di sini, Selasa.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas penubuhan pasukan khas berkenaan yang diumumkan Sabtu lalu yang diarahkan menyiasat tiga pegawai penyiasat SPRM iaitu Hishamuddin Hashim, Mohd Anuar Ismail dan Mohd Ashraf Mohd Yunus yang telah menggunakan taktik soal siasat yang berterusan, agresif dan tidak wajar ke atas Teoh, sekaligus didapati melanggar prosedur sedia ada.

SPRM dalam kenyataan medianya sebelum ini berkata, mereka menerima dan memandang serius cadangan-cadangan penambahbaikan yang dinyatakan dalam Laporan Suruhanjaya Diraja Untuk Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock yang telah dikeluarkan pada 21 Julai lalu.

Menurut kenyataan itu, langkah penubuhkan pasukan khas itu juga merupakan tindakan susulan proaktif dan serta merta berhubung cadangan tindakan ke atas ketiga-tiga pegawai SPRM seperti mana yang terkandung di dalam Laporan Suruhanjaya berkenaan.

Pasukan Khas itu diketuai oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) Datuk Zakaria Jaffar yang akan menjalankan siasatan susulan dalaman yang menyeluruh serta menyediakan laporan yang komprehensif.

Hasil laporan yang disediakan kelak akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Aduan yang terdiri daripada empat individu bebas, yang dipengerusikan oleh bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah, menurut kenyataan itu lagi.

Turut menganggotai pasukan itu ialah bekas timbalan ketua setiausaha kanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Muhammad Mohd Noor, bekas ketua pengarah Biro Pengaduan Awam Datuk Wan Abdul Wahab Abdullah dan seorang peguam V. Ravindran.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor yang terletak di tingkat 14, plaza berkenaan.

Hasil siasatan, Suruhanjaya berkenaan memutuskan bahawa Teoh bukan dibunuh, sebaliknya membunuh diri kerana berasa terbeban dan tertekan dengan sesi soal siasat yang agresif dan berlarutan ke atasnya oleh pegawai penyiasat SPRM.

Menurut kenyataan media itu, sementara hasil laporan susulan tersebut diperolehi, ketiga-tiga pegawai berkenaan dilucutkan atau dikecualikan daripada sebarang tugas operasi siasatan.

SPRM juga menyerahkan dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis dalam menjalankan siasatan berkaitan secara bebas dan telus.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan