Tanggungjawab Lindungi Nyawa, Harta Benda - Najib

Diterbitkan: Selasa, 26 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan bagi melindungi kepentingan dan harta benda masyarakat umum, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam blognya, www.1Malaysia.com. pada Isnin.

Beliau berkata perhimpunan haram di ibu negara baru-baru ini telah menunjukkan rakyat menolak sebarang tindakan yang boleh menjejaskan keselamatan negara.

"Insiden terbaru di Kuala Lumpur baru-baru ini telah menyagikan kita dengan ujian penting.

"Keputusan kita sebagai kerajaan adalah untuk melindungi kepentingan dan harta benda masyarakat umum yang bergantung mata pencarian mereka di Kuala Lumour," katanya.

Najib berkata dengan membenarkan satu kumpulan mengadakan demonstrasi, maka ia akan memberi peluang kepada pihak lain menggunakan kaedah sama untuk menimbulkan peristiwa menggemparkan atau isu kontroversi yang mendapat perhatian awam.

"Tanpa menghiraukan janji-janji untuk demonstrasi aman, ia hanya mengambil sebilangan kecil kumpulan yang terlampu ghairah untuk mencetuskan keadaan bertambah buruk dengan menyerang penonton tidak berdosa atau merosakkanharta benda.

"Adakah berbaloi untuk kita mengambil risiko? Oleh itu, sebagai Perdana Menteri, ia menjadi tanggungjawab saya untuk melindungi segera kepentingan masyarakat umum berbanding kepentingan sekumpulan kecil penentang," katanya.

Najib berkata baru-baru ini Malaysia menduduki ranking ke-19 negara paling selamat dalam dunia dan pertama di Asia Tenggara.

"Selama beberapa dekad kita telah membina sebuah negara berbagai budaya dan etnik atas dasar toleransi bersama dan saling menghormati," katanya.

Katanya pengalaman peribadinya semasa insiden 13 Mei, 1969 telah membentuk pemahanannya mengenai kepimpinan apabila beliau melihat ayahnya, Allahyarham Tun Abdul Razak, ketika itu menjadi Perdana Menteri, menangani krisis tersebut.

"Sebagai pengarah Majlis Gerakan Negara (MAGERAN), Allahyarham mempunyai kuasa Kabinet dan Parlimen dalam tangannya.

"Ayah saya takut dengan kuasa mutlak dan tidak boleh menunggu untuk hari yang beliau boleh menyerahkan kuasa kepada rakyat menerusi Parlimen dan memulihkan demokrasi berparlimen," katanya.

Ketika Malaysia melalui transformasi secara besar-besaran, Najib mengesa rakyat supaya tidak tunduk kepada gesaan bagi tindakan yang hanya memenuhi kepentingan segelintir untuk memecahbelahkan negara.

"Biar kita tidak tunduk kepada cita rasa mereka yang menuntut balasan yang hanya akan mengakibatkan semangat muhibah dan kerja keras yang dibina sejak sekian lama lenyap begitu sahaja.

"Biar kita semua bersama-sama menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara harmoni," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan