Peniaga Pasar Lama Arked MPKB Bantah Pemotongan Elektrik

Diterbitkan: Selasa, 26 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Lebih 250 peniaga Pasar Lama Arked Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) mengadakan demonstrasi secara aman pada Selasa bagi menggesa kerajaan Kelantan menyambung semula bekalan elektrik ke pasar itu.

Pengerusi Persatuan Peniaga Pasar Lama Arked MPKB Ab Salim Ahmad berkata tindakan kerajaan negeri pimpinan PAS memutuskan bekalan elektrik ke pasar itu menyebabkan semua peniaga terpaksa menutup perniagaan bermula Selasa.

"Macam mana kami nak berniaga, keadaan gelap dan panas, siapa (pelanggan) yang mahu datang," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata pada mulanya peniaga terbabit bercadang berniaga menggunakan lilin seperti semalam, namun menimbang semula keputusan itu kerana bimbang risiko kebakaran.

"Hari ini kami ambil keputusan menutup terus semua perniagaan, kami hilang punca rezeki," katanya.

Demonstrasi yang berlangsung dari 10 pagi hingga 12 tengah hari itu diadakan di perkarangan pasar berkenaan dengan peniaga membawa poster yang antaranya bertulis "mengembalikan kuasa" dan "parti Islam menipu".

Isu peniaga di Pasar Lama Arked MPKB bermula selepas mereka menuntut kerajaan PAS Kelantan menunaikan janji pilihan raya lalu untuk menyediakan lot selesa di Bazar Tok Guru di sini dengan harga RM40,000, bukan lot sempit dan mahal iaitu RM63,000 yang ditawarkan sekarang.

Semalam, Majlis Perbandaran Kota Baharu-Bandaraya Islam bertindak menutup akaun bekalan elektrik pasar itu tanpa sebarang notis kepada peniaga.

Mengulas isu itu, Ab Salim berkata mereka juga tidak menerima notis mengenai tarikh berpindah ke Bazar Tok Guru, sekali gus menggelapkan masa depan peniaga terbabit yang rata-rata bergantung sepenuhnya kepada perniagaan di situ.

"Biasanya peniaga memperolehi sekitar RM1,000 atau RM2,000 sehari dan bagi kedai-kedai yang agak besar atau cuti umum, mungkin mencecah sehingga RM5,000 sehari. Bayangkan kalau sebulan kami tak dapat berniaga, berapa kerugian yang akan kami tanggung, inikah konsep negara berkebajikan yang dilaungkan sebelum ini," katanya.

Ab Salim berkata sehingga hari ini belum ada tindakan susulan daripada pihak kerajaan negeri biarpun pihaknya cuba menghubungi wakil kerajaan negeri untuk meminta penjelasan.- BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Isnin, 14 Ogos 2017 12:30 PM

“Mira Filzah Lemah Lembut” - Zizan Razak

Kolumnis

iklan

Iklan